BREAKING NEWS

Thursday, 14 September 2017

Ciri-ciri keselamatan pusat tahfiz akan diteliti

KOTA KINABALU 14 Sept. - Semua pihak terutama pengurusan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur diminta bersabar dengan kejadian kebakaran yang berlaku di pusat tahfiz itu sehingga menyebabkan 23 mangsa maut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, beliau telah meminta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk memberikan segala bantuan yang perlu bagi meringankan beban pusta tahfiz berkenaan.


Sementara itu katanya, pihaknya akan memastikan siasatan penuh dapat dijalankan termasuk ciri-ciri keselamatan di situ.

“Saya amat sedih dengan tragedi itu. Saya mendoakan kesemua mangsa mendapat tempat di syurga Allah SWT. Saya berharap pihak pengurusan dan ahli keluarga mangsa dapat bersabar menghadapi dugaan ini.

“Punca kebakaran masih disiasat tetapi pihak kami akan turut melihat ciri-ciri keselamatan di pusat tahfiz itu serta pusat-pusat tahfiz yang lain,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

 
Copyright © 2014 PenangKini.