BREAKING NEWS

Tuesday, 26 September 2017

Counter Terrorism, Jenayah Siber Antara Perkara Dibincang Di Beijing - Zahid

BEIJING - Langkah Kuala Lumpur untuk mewujudkan kerjasama counter-terrorism dengan Beijing dan memberi tumpuan kepada usaha memerangi jenayah siber adalah antara perkara utama semasa lawatan kerja tiga hari Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke China bermula Isnin.

Timbalan Perdana Menteri dijadual menghadiri Perhimpunan Agung ke-86 INTERPOL, di sini pada Selasa yang akan dirasmikan oleh Presiden Republik Rakyat China (PRC) Xi Jinping.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media Malaysia di sini, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Majlis Negara Republik Rakyat China, Li Keqiang,

Semasa jadual yang ketat, Ahmad Zahid juga dijadual bertemu Menteri Keselamatan Awam PRC, Guo Sheng Kun dan Setiausaha Suruhanjaya Hal Ehwal Politik dan Perundangan Pusat Parti Komunis China, Meng Jianzhu.

"Kedua-dua pihak akan bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama keselamatan dua hala termasuk inisiatif counter-terrorism melalui penubuhan Pusat Serantau Digital memintas Mesej Melalui Komunikasi (CMC) di Malaysia, dan kerjasama dalam perkara-perkara keselamatan seperti rangkaian jenayah antyarabangsa serta jenayah siber," kata beliau.

Mengenai Perhimpunan Agung INTERPOL bertemakan "Connecting Police for a Safer World", Ahmad Zahid berkata ia akan memberi tumpuan kepada usaha menyediakan platform komunikasi yang efektif di kalangan semua negara anggota INTERPOL dalam perkongsian maklumat serta meningkatkan kapasiti untuk memerangi jenayah antarabangsa dalam semua bentuk.

"Ia juga membayangkan peningkatan penekanan INTERPOL mengenai peranannya dalam memupuk kerjasama di kalangan agensi polis di seluruh dunia dalam menegakkan keamanan dan keselamatan antarabangsa terhadap ancaman global yang semakin meningkat," kata beliau.

Ahmad Zahid berkata penyertaan Malaysia dalam Perhimpunan Agung ke-86 INTERPOL mencerminkan komitmen negara untuk memerangi jenayah antarabangsa termasuk ancaman keganasan, jenayah siber, jenayah terancang dan gerakan pengganas eketremis dan radikal seperti digariskan dalam Resolusi 2178 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC).

"Semasa sesi ini, Malaysia memberi fokus kepada isu-isu berkaitan jenayah siber yang mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada negara," kata beliau.

Perhimpunan Agung ke-86 INTERPOL akan dihadiri oleh delegasi peringkat tinggi dari 157 Negara Anggota INTERPOL.



- BERNAMA
 
Copyright © 2014 PenangKini.