BREAKING NEWS

Tuesday, 5 September 2017

DAP akan kecundang di Pulau Pinang


DAP bakal hilang Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kata PAS.
Ketua Dewan Ulama parti Islam, Datuk Khairuddin Aman Razali mendakwa perkara itu tercetus susulan ketiadaan PAS bersama Pakatan Harapan.
“Hakikatnya DAP akan kecundang pada PRU-14 di Pulau Pinang tanpa sokongan kami.
“Manakala PAS akan terus membina sokongan orang Islam di seluruh negara dalam keadaan jentera bersiap sedia dengan permuafakatan dalaman yang padu,” katanya
Semalam pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dilaporkan berkata PAS akan menjadi mangsa pertembungan tiga penjuru dan mendakwa parti Islam itu tidak akan memenangi sebarang kerusi di Dewan Negeri Johor
Bagaimanapun, Khairuddin berkata  parti Islam itu sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan memandangkan PAS lebih konsisten berbanding pembangkang lain.
“Semua orang boleh buat andaian sebagai satu bentuk perang saraf pilihanraya. Kenyataan Kit Siang itu adalah sebahagian dakyah pilihanraya.
“Sedang semua parti lain sedang bergelut dalaman dan berpecah-belah ketika di ambang pru ke 14. DAP sendiri sedang bergolak dalaman mereka dengan isu pemilihan parti yang masih menjadi isu,” kata Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.


 
Copyright © 2014 PenangKini.