BREAKING NEWS

Tuesday, 5 September 2017

DAP Didesak Untuk Kemukan Senarai Perwakilan Pemilihan CEC

Pengerusi Dap Cawangan

DAP diminta mengemukakan secara terbuka senarai penuh nama dan nombor kad pengenalan perwakilannya yang layak mengundi pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.
Portal Berita Harian melaporkan, bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar, G Asoghan, berkata senarai itu perlu didedahkan bagi memastikan pemilihan semula yang bakal diadakan menggunakan sepenuhnya perwakilan pada pemilihan 2012 bagi mengelak pertikaian terus berlaku.
Katanya, ia juga bagi memastikan sebarang unsur penipuan dan pemalsuan nama perwakilan yang layak mengundi tidak berulang seperti yang terjadi sebelum ini.
"Langkah ini penting untuk mempertahankan maruah parti dan kami perwakilan yang layak mengundi mahu proses pemilihan semula ini diadakan secara bersih, telus dan adil.
"Pada masa sama, kami juga mahu menyelamatkan DAP daripada belenggu spesis perosak dalaman yang banyak mengkucar-kacirkan parti selama ini," katanya.
Parti itu sebelum ini mengumumkan akan mengadakan pemilihan semula CEC, namun belum menetapkan sebarang tarikh, susulan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Julai lalu, yang mendapati pemilihan CEC pada 2012 sebagai tidak mengikut undang-undang.
Berikutan itu, DAP diarahkan menggunakan semula senarai yang layak mengundi pada pemilihan CEC 2012 membabitkan seramai 2,576 perwakilan daripada 865 cawangannya.
Asoghan berkata, pihaknya juga menolak pelantikan firma audit PKF sebagai badan bebas bagi memantau proses pengundian pada pemilihan semula DAP akan datang.
"Kami sebagai perwakilan yang layak mengundi juga enggan menerima pelantikan firma PKF sebagai pemerhati kerana proses lantikan dibuat pimpinan DAP yang tidak sah.
"Kami membantah sekeras-kerasnya pelantikan firma yang mempunyai hubung kait dengan pimpinan DAP kerana tidak mahu lagi berasa curiga secara berterusan," katanya.
 
Copyright © 2014 PenangKini.