BREAKING NEWS

Wednesday, 20 September 2017

DAP perintah Pulau Pinang seperti ‘organisasi perniagaan’

KUALA LUMPUR: Pentadbiran Kerajaan DAP di Pulau Pinang boleh disifatkan seolah-olah mentadbir negeri ini seperti sebuah ‘organisasi perniagaan’ kerana hanya mementingkan keuntungan berbanding keselamatan rakyat.

Demikian kata, Ahli Parlimen Balik Pulau, Dr Hilmi Yahaya yang turut menyelar sikap ikap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat menjadikan hujan lebat sebagai alasan banjir di negeri ini diselar kerana seolah-olah lepas tangan dengan pelbagai projek pembangunan tidak dirancang yang dilaksanakan di negeri ini.

Memetik laporan portal Barisannasional.org, beliau dipetik berkata sebagai projek pembinaan komerisal di Pulau Pinang hanya menguntungkan pemaju.

“Selain, penerokaan hutan berlaku tanpa kawalan, tanah rakyat juga dijual bagi tujuan projek pembinaan komersial yang hanya menguntungkan pemaju.”

“Sebab itu, rakyat perlu menilai tindakan rakus kerajaan negeri hari ini, jangan hanya mahu mencuba kepemimpinan baharu sehingga sanggup menggadai hak mereka,” katanyaketika berucap dalam program sembang santai di Pangsapuri Nuri, Bayan Lepas.

Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan turut berkata banjir yang berlaku disifatkan sebagai paling teruk sejak lebih 10 tahun lalu dan diyakini berpunca daripada aktiviti penggondolan bukit bagi projek komersial yang sepatutnya menjadi tempat tadahan air hujan

“Kerakusan menceroboh kawasan bukit itu menyebabkan air hujan mengalir deras dan warnanya keruh kerana telah menghakis tanah,” dakwa beliau sambil menambah kerajaan negeri enggan mematuhi prosedur yang ditetapkan.

Ujar beliau, fenomena hujan luar biasa juga berlaku ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN) tetapi kerajaan negeri ketika itu merancang pembangunan bagi mengelakkan banjir teruk seperti yang berlaku baru-baru ini.

“Kita tetapkan prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak membebankan penebangan pokok pada ketinggian melebihi 250 kaki (76 meter). “Tapi itu tidak berlaku pada era kerajaan negeri hari ini, apabila kita tanya, kerajaan negeri jawab macam-macam sama seperti janji sampai ke langit,” tegasnya lagi.

Baru-baru ini, negeri itu dilanda banjir yang disifatkan paling teruk dalam tempoh 10 tahun kerana melibatkan ratusan penduduk di empat daerah dipindahkan di pusat pemindahan selain berlaku tanah runtuh dan seorang wanita lemas.
 
Copyright © 2014 PenangKini.