BREAKING NEWS

Tuesday, 5 September 2017

Dr. Afif Tidak Peka Program Mamogram


Sikap Timbalan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat Dr Afif Bahardin yang hentam kromo mempersoal Program Subsidi Ujian Mamogram dibawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) telah mengundang kecaman daripada netizen akan sikap segelintir ahli politik pembangkang yang seperti beliau, yang terus menerus menyebarkan fitnah.
Di dalam catitan Rezqeen Hill di laman media sosial Facebook, beliau mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Seberang Jaya yang mengeluarkan kenyataan tanpa rujukan.
Dr. Afif Bahardin, melalui laman Twitter @afifbahardin mengecam tindakan kerajaan untuk menarik balik program mamogram sedangkan program tersebut masih lagi berjalan.
Barangkali Dr. Afif tidak menyedari bahawa Program Subsidi Ujian Mamogram di bawah LPPKN masih diteruskan secara percuma untuk warganegara Malaysia atau penduduk tetap yang berumur 40 – 69 tahun dengan pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah sebulan.
Beberapa kriteria turut digariskan bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat mamogram di bawah LPPKN antaranya wanita yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser payudara; Wanita yang dirujuk untuk ujian diagnostik mamogram; Ujian mamogram saringan sebelum memulakan Terapi Hormon Gantian; Ujian mamogram ulangan bagi program subsidi.
Kesemua maklumat berikut boleh didapati dengan mudah di http://mamogram.lppkn.gov.my/
 
Copyright © 2014 PenangKini.