BREAKING NEWS

Friday, 8 September 2017

Dua Rumah Warisan 100 Tahun akan diroboh?


Dua buah rumah warisan berusia 100 tahun terletak di lebuh raya Peel di sini dikhuatiri terjejas berikutan cadangan projek pembinaan 400 bilik hotel dan 380 bilik untuk sebuha hospital swasta, Island Hospital di kawasan berkenaan.

Penasihat Penang Citizen Chant Group,Yan Lee Berkata walaupun kerajaan negeri tidak memaklumkan sebarang perobohan banguna warisan ketegori dua itu,pelan kebenaran merancang yang dibuat pemaju melibatkan lokasi kedua-dua premis terbabit.

menurutnya, pemohonan kebenaran merancang untuk merobohkan bangunan dan struktur di kawasan itu bagi pembinaan hospital 12 tingkat , tempat letak kereta dan laluan bawah tanah ke atas tapak berkeluasan lebih tiga hektar tersebut telah dihantar ke Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Julai lalu.

"Untukitu, Kita mintak kerajaan negeri melaksanakan kajian pernilaian impak bangunan warisan dengan melibatkan rundingan awam daripada rakyat negeri ini sebelum meluluskan cadangan pembinaan projek tersebut.

"kementerian Kesihatan juga diharap tidak sewenang-wenangnya meluluskan projek berkenanan kerana Island Hospital telah lama beroperasi dan menyediakan khidmat kesihatan, jangan kerana projek ini, mereka terpaksa menaggung masalah lain," katanya kepada pemberita hari ini.

sebelum ini ketua menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng mengesahkan Lebuh Raya Peel diberikan pajakan jangka masa panjang dengan nilai RM156 juta dan perjanjian dengan Island Hospital untuk projek pembangunan itu dibuat menerusi tender terbuka sebelum banyaj pihak mempertikaikan,

Dalam pada itu, Yan Lee turut mempersoalkan tujuan kerajaan negeri melaksanakan pembanguann tersebut walaupun dilihat terpaksa menggagaikan bangunan warisan dan tanah rakyat.

"Adakah Kerajaan Negeri mahu mengaut keuntungan daripada projek ini? mereka sudah rancang bina 400 bilik hotel tetapi masih mahu bangunkan hospital, mereka mahu sewa, jual atau sengaja menjana pendapatan di atas tanah milik rakyat." Ujarnya. UTUSAN


 
Copyright © 2014 PenangKini.