BREAKING NEWS

Thursday, 7 September 2017

Guan Eng tidak mahu jawab isu SPRM

Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini sekali lagi tidak mahu mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.


Menurut Guan Eng, pihaknya juga tidak akan memberi sebarang ulasan mengenai kenyataan beliau yang menyifatkan penahanan Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh berhubung kilang haram di Sungai Lembu, Penanti di sini sebagai ‘penahanan haram’.


“Buat masa ini saya tidak akan beri apa-apa komen,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja projek pembentungan di Relau di sini hari ini.

Yang turut hadir dalam lawatan itu ialah peguam Guan Eng, Ramkarpal Singh dan Boon Poh.

Semalam, SPRM dalam kenyataannya memberitahu akan mengambil tindakan ke atas Guan Eng kerana enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan fitnah dengan menyifatkan penahanan Boon Poh sebagai ‘penahanan haram’.

SPRM pada 25 Ogos lalu turut meminta Guan Eng yang juga Setiausaha DAP belum disahkan jawatannya itu memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjaya itu dalam masa 48 jam tetapi beliau gagal berbuat demikian. -UTUSAN ONLINE



 
Copyright © 2014 PenangKini.