BREAKING NEWS

Wednesday, 13 September 2017

Hina Sultan Kedah, polis siasat FB Hershel Tan


POLIS sudah membuka kertas siasatan terhadap lelaki yang menghina Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dalam status yang dimuat naik di Facebook (FB)nya, semalam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pemuda yang disyaki berasal dari Melaka itu kini sedang dikesan polis bagi membantu siasatan.
“PDRM mengambil serius mengenai hal ini. Susulan itu polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan lelaki berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sebelum ini, seorang lelaki memuat naik status dengan perkataan kesat terhadap Almarhum baginda hingga menimbulkan kemarahan netizen yang menggesa polis menjalankan siasatan
 
Copyright © 2014 PenangKini.