BREAKING NEWS

Tuesday, 5 September 2017

Kaunter pejabat ZPP di Balik Pulau terbakar


Kaunter di aras bawah bangunan Pejabat Zakat Pulau Pinang (ZPP) di Titi Teras, Jalan Sungai Pinang di sini terbakar dalam satu kejadian lewat malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu dipercayai berpunca daripada salah sebuah komputer di kaunter aras bawah bangunan dua tingkat berkenaan tidak dimatikan suisnya.


Dalam kebakaran itu, beberapa peralatan yang diletakkan di kaunter seperti mesin pencetak, mesin kira wang, meja dan penghawa dingin turut terbakar.

Jurucakap polis berkata, api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau.

“Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya. - UTUSAN ONLINE





 
Copyright © 2014 PenangKini.