BREAKING NEWS

Monday, 11 September 2017

Kerajaan Berusaha Kekal Subsidi Haji Walaupun Sukar

PASIR PUTEH: Kerajaan akan berusaha untuk mengekalkan subsidi kepada rakyat di negara ini untuk mengerjakan haji berjumlah RM9,980 bagi setiap seorang jemaah walaupun berdepan kenaikan kos dalam pengurusan haji ketika ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata langkah
Tabung Haji (TH) memberikan subsidi lebih RM10,000 bagi setiap individu adalah perlu walaupun kos pengurusan seperti sewa hotel, makanan dan pengangkutan meningkat sepanjang tahun.

"Ini menjadikan kos menunaikan ibadah haji bagi setiap jemaah haji di Malaysia antara yang terendah di dunia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Kebangsaan 2017 dan Karnival Gegar Merdeka 10,000 Langkah Jabatan Kesihatan Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil di sini, hari ini.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberi komitmen agar subsidi dikekalkan bagi memberi kemudahan kepada rakyat untuk menunaikan rukun kelima Islam itu.Turut hadir, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Zulkifli Ali dan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher.

-- BERNAMA
 
Copyright © 2014 PenangKini.