BREAKING NEWS

Sunday, 10 September 2017

Ketepikan Sentimen Politik Dahulukan Kesucian Islam, Tolak DAP PRU 14 - Iman Asyraff


1. Saya tak faham mengapa pimpinan DAP, Ronnie Liu bertindak begitu biadap sehinggakan sanggup memberikan komen jelik ketika sesi Live kuliah Dhuha TG Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila pagi tadi.

2. Pemimpin DAP sudah sampai ke tahap begitu mahukan Islam di Malaysia di rendah dan di hinakan kedudukannya. Tidak bolehkah beliau menghormati kedudukan Agama Islam yang di iktiraf di sisi Perlembagaan Persekutuan?

3. Terlalu bodoh sangatkah Ronnie Liu ini sampaikan tidak dapat dibezakan ceramah politik dan kuliah agama? Jika inilah isyarat yang di tunjukkan DAP, maka tidak hairanlah DAP kekal sebagai sebuah parti yang rasis dan anti Islam.

4. Umat Islam perlu tolak DAP, parti yang bersekongkol dengannya dan Pakatan Harapan. Satu undi untuk Pakatan Harapan, satu undi untuk penghinaan demi penghinaan terhadap umat dan Agama Islam di Malaysia.

5. Ketepikan dahulu sentimen kepartian, dahulukan kesucian Agama Islam. Satukan tekad kita bersama untuk tolak DAP dan Pakatan Harapan!

Iman Asyraff
18 Zulhijjah 1438H
 
Copyright © 2014 PenangKini.