BREAKING NEWS

Thursday, 21 September 2017

Kor Ming hina PM lagi...


UMNO Bagan Serai mengecam Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming sebagai seorang yang amat biadap kerana mempersendakan sidang media Datuk Seri Najib Razak mengenai kemasukan semula Tan Sri Muhammad Muhd Taib dalam UMNO sebagai `sidang Maharaja Lawak’.

Ketuanya Datuk Sham Mat Sahat berkata, pihaknya menganggap tindakan Kor Ming itu sebagai menghina dan memperlekeh Najib selaku seorang pemimpin kerajaan yang dipilih rakyat.

Katanya, tindakan biadap Kor Ming ini amat jelas sekali memperlihatkan satu contoh pemimpin pembangkang yang anti Melayu dan UMNO.

``Kita tahu siapa dia Kor Ming sifat rasis, kurang ajar dia malah dalam sidang DUN dia anti Melayu, UMNO kerana dalam jiwa dia menebal benci kepada UMNO dan juga kerajaan pada hari ini.


``Ini salah satu contoh pemimpin yang tidak mempunyai jiwa yang besar kalau sebenarnya kalau jadi pembangkang ni tak apa tak ada masalah dimana negara ada pembangkang tapi biarlah pembangkang yang berwibawa yang boleh membawa manfaat kepada rakyat.

“Tetapi kalau membangkang membuta-tuli mengeluarkan kata-kata kesat yang memperlekehkan kepimpinan dan kerajaan yang dipilih rakyat inilah pembangkang yang tidak mempunyai wawasan yang membuatkan orang semakin menjauhkan diri daripada pembangkang,”katanya.

Beliau yang juga ADUN Alor Pongsu menambah,”Ini juga satu contoh pemimpin pembangkang yang dibenci rakyat, dia anggap dia terlalu hebat tidak boleh ditegur langsung, saya melihat pemimpin yang macam ini memang tak sesuailah jadi pembangkang sama ada jadi kerajaan atau pembangkang memang tak sesuai.

``Jiwa kena bersih tengok apa yang kerajaan buat yang benar kita kena bagi pujian kita hanya mengkritik jika apa yang dibuat kerajaan itu tidak benar tapi apa kerajaan buat untuk kebaikkan rakyat kita nak kritik ini satu perkara yang tak masuk akal.

``Saya cukup kecewa dengan sifat-sifat pembangkang yang macam ni yang hanya tahu menghina pemimpin kerajaan apa jua yang kerajaan buat mereka akan kondem dan mereka akan mengeluarkan kata-kata kesat menghina membuatkan orang lain sakit hati.

``Ini boleh membuatkan orang bertindak lebih daripada itu apabila mereka tidak puas hati, sakit hati pemimpim mereka dihina sebegitu rupa dan mungkin orang lain boleh ambil tindakan yang lebih agresif daripada itu.,’’katanya.

Sehubungan itu Datuk Sham menasihati Kor Ming supaya berhati-hati ketika membuat kenyataan agar tidak menyinggung perasaan orang Melayu.

Mengenai kemasukkan semula Muhammad Muhd Taib ke dalam UMNO, Sham berkata, ia akan memberi impak positif kepada penyokong-penyokong BN di Selangor sekaligus memantapkan lagi kekuatan BN di negeri berkenaan.-21/9/2017

CC: Agendadaily
 
Copyright © 2014 PenangKini.