BREAKING NEWS

Wednesday, 13 September 2017

Malaysia ‘tidak dijajah’ China, kata presiden MCA

 Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menyelar pihak berkenaan mendakwa Malaysia terlalu bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) dari China.
Beliau menegaskan Malaysia “tidak dijajah” China menerusi FDI, dan menambah dakwaan itu sekadar manipulasi politik.
Sekalipun FDI dari China meningkat sejak kebelakangan ini, Liow menegaskan pelaburan China bukan yang terbesar di negara ini.

“Di Malaysia, China bukan nombor 1. Ia berada di belakang negara lain. Kita ada (pelaburan) Jepun, Amerika Syarikat malah negara Asean.
“Sesetengah pihak menuduh Malaysia dijajah China menerusi FDI, ini tidak benar. Ini manipulasi politik,” kata presiden MCA itu kepada pemberita di sini.
 
Copyright © 2014 PenangKini.