BREAKING NEWS

Monday, 25 September 2017

MB & EXCO Kelantan Tak Pernah Ditangkap SPRM, Tidak Seperti Di Pulau Pinang – PAS


PAS menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk melihat kepada kedudukan DAP di negeri berkenaan sebelum mengeluarkan kenyataan bahawa PAS akan kehilangan Kelantan pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, PAS Kelantan memiliki 32 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) – paling ramai – berbanding DAP hanya memiliki 19 kerusi DUN daripada 40 kerusi keseluruhan.

“Lim Guan Eng pula hanya menyatakan bahawa PAS bakal kalah tetapi tidak pula menyebut Pakatan Harapan bakal menang. Ini kerana beliau sendiri sedar bahawa pihak yang untung nanti apabila berlaku pertembungan tiga penjuru di Kelantan ialah UMNO. Ia sekaligus menunjukkan dengan jelas siapakah yang memberikan nyawa tambahan kepada UMNO / Barisan Nasional.

“Satu satunya kekurangan di Kelantan ialah, Menteri Besar dan EXCOnya tidak mempunyai pengalaman ditahan oleh SPRM tidak seperti Pulau Pinang di mana Ketua Menteri dan salah seorang EXCOnya telah mempunyai pengalaman berharga ditahan dan didakwa oleh SPRM di mahkamah. Itulah satu-satunya kelebihan DAP berbanding PAS di Kelantan,” katanya dipetik kenyataan.

lim guan eng phee boon poh Nah, Bukti Video EXCO DAP Kerajaan Pulau Pinang Membela Kilang Haram Sungai Lembu!
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Lim Guan Eng merangkap Setiausaha Agung DAP bahawa kekalahan PAS pada PRU14 akan datang ekoran keengganan parti teraju Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu enggan menyertai blok pembangkang bersama Pakatan Harapan.

Tegas Ahmad Fadhli, Lim Guan Eng nampaknya sudah lupa akan sejarah terkuburnya Pakatan Harapan pada 2015 disebabkan oleh DAP memulakan langkah memutuskan hubungan dengan PAS yang menjadi tunjang kepada pakatan berkenaan.

“Bagaimana pula hari ini PAS diminta berpakat dengan parti-parti pembangkang sedangkan dahulunya Pakatan Rakyat berkubur atas asas DAP tidak boleh menerima prinsip PAS?

Cukuplah Pakatan Rakyat Jadi Pelajaran Untuk PAS - Mursyidul Am
“Hakikatnya, DAP yang lebih wajib memikirkan nasib mereka di Pulau Pinang dalam situasi mereka hanya mempunyai 19 kerusi sahaja dan ia tidak cukup untuk menjadi kerajaan tanpa kerjasama parti lain. Ia berbeza dengan PAS yang sudah mempunyai majoriti yang cukup menguasai Kelantan pada hari ini,” katanya lagi.

Sikap Lim Guan Eng merendah-rendahkan martabat PAS disifatkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan sebagai takbur.

Menggelarkan Lim Guan Eng sebagai ‘Mr. Arrogant’, Nasruddin bimbang ianya akan menjadi punca DAP kehilangan Pulau Pinang.

“Saya bimbang Pulau Pinang yang akan terlepas dari DAP. Itu gaya bahasa Mr Arrogant (merujuk kepada kata-kata Lim Guan Eng) yang bercakap,” katanya.
 
Copyright © 2014 PenangKini.