BREAKING NEWS

Wednesday, 13 September 2017

Najib dan Rosmah bertemu rakyat Malaysia di AS

WASHINGTON DC: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengadakan pertemuan dengan para pelajar dan diaspora Malaysia pada jamuan malam di Kedutaan Besar Malaysia di sini.
Najib dan isteri berada di Washington DC untuk lawatan kerja 3 hari yang bertumpu kepada pertemuan bersama Presiden Donald J. Trump yang dijadual berlangsung di Rumah Putih pada Selasa.
Pada majlis itu, Perdana Menteri memberi gambaran situasi semasa di Malaysia serta pesanan sempena Hari Kebangsaan dan sambutan Hari Malaysia.Terdapat kira-kira 28,000 rakyat Malaysia menetap di bandar-bandar seluruh Amerika Syarikat.
Hadir sama pada majlis itu Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Tan Sri Zulhasnan Rafique dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
 
Copyright © 2014 PenangKini.