BREAKING NEWS

Monday, 4 September 2017

Najib desak Myanmar hentikan krisis di Rakhine

najib-razak-Myanmar-rakhineKUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia mengulangi gesaan setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) supaya pasukan keselamatan Myanmar mencari pendekatan holistik dalam menangani krisis di negeri Rakhine.
“Kami menggesa semua pihak bertenang dan bersabar. Situasi dahsyat yang membelenggu saudara kita daripada etnik Rohingya perlu diredakan demi kebaikan Myanmar dan rantau ini,” katanya menerusi akaun Twitter & Facebooknya hari ini.
Jumaat lalu, agensi berita China, Xinhua melaporkan Antonio Guterres menyuarakan kebimbangan berhubung tindakan kezaliman dalam operasi pasukan keselamatan Myanmar di Rakhine dan menggesa semua pihak bertenang serta bersabar bagi mengelakkan bencana kemanusiaan.
Laporan itu menyebut Myanmar melakukan kekerasan itu berikutan serangan ke atas pasukan keselamatan Myanmar minggu lepas oleh Rohingya, sebuah etnik minoriti Islam yang tinggal di pantai barat negara bermajoriti penganut Buddha itu.
 
Copyright © 2014 PenangKini.