BREAKING NEWS

Thursday, 28 September 2017

OKT lolos dari mahkamah dipenjara enam bulan

PULAU PINANG 28 Sept. - Seorang orang kena tuduh (OKT) dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah atas dakwaan meloloskan diri semasa dibawa ke kenderaan polis di Mahkamah Pulau Pinang dua minggu lalu.

Tertuduh, Khairul Nizam Abdullah Sani, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Catherine Nicholas.

Mengikut pertuduhan, Khairul Nizam dengan sengaja lari daripada tahanan polis di pekarangan lokap mahkamah pada 5.30 petang, 6 September lalu.

Dia sebelum ini dibawa ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan kes dadah di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE


 
Copyright © 2014 PenangKini.