BREAKING NEWS

Sunday, 17 September 2017

Para ASEAN: PM ucap selamat maju jaya kepada kontinjen

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada kontinjen kebangsaan yang akan bertanding pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 di sini.

Beliau mahu para atlet membuktikan bahawa mereka adalah luar biasa pada edisi kesembilan temasya itu, yang akan membuka tirainya esok.
"Kepada skuad #SukanParaAsean #KL2017 Malaysia, selamat maju jaya dan buktikan bahawa anda semua luar biasa ! #Negaraku #Kebanggaanku," katanya melalui laman Facebook dan Twitter, hari ini.



Najib dijadual merasmikan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 esok yang bakal menampilkan persembahan penyanyi terkemuka Yuna bersama-sama dengan golongan kurang upaya (OKU).

Sukan Para ASEAN itu akan diadakan sehingga 23 September ini dengan menawarkan 368 pingat emas daripada 16 jenis sukan yang dipertandingkan. - Bernama
 
Copyright © 2014 PenangKini.