BREAKING NEWS

Wednesday, 13 September 2017

Pemuda UMNO Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap lim Guan Eng yang memfitnah SPRM.

Georgetown - Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang hari ini membuat satu laporan polis terhadap fitnah dan hasutan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng terhadap SPRM.Laporan tersebut merujuk kepada kenyataan Lim Guan Eng yang dibuat secara umum dan terbuka terhadap SPRM menyatakan bahawa penahanan reman yang dikenakan keatas YB Phee Boon Poh adalah "penahanan haram".

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang , Rafizal Abdul Rahim berkata tuduhan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng itu adalah berniat jahat dan beliau mendapati bahawa tuduhan tersebut berkenaan ;

  • Tahanan reman oleh SPRM terhadap YB Phee Boon Poh berniat jahat.
  • Ia juga berniat menghasut dengan memberi gambaran bahawa SPRM adalah satu badan yang tidak memperdulikan undang- undang dan boleh menahan sesiapa sesuka hati mereka.
  • Ia adalah satu fitnah bertujuan memburukan imej dan menjatuh kredibiliti SPRM sebagai sebah badan penyiasat yang bebas.
Rafizal berkata laporan tersebut dibuat supaya pihak polis membuat siasatan dibawah akta hasutan dan kanun keseksaan terhadap Lim Guan Eng dan jika terdapat bukti yang mencukupi menuduhnya dimahkamah.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang berharap pihak polis tidak memandang ringan terhadap laporan yang dibuat , dan bertindak dengan segera supaya SPRM yang telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah dan cemerlang, selepas ini dapat bertindak dengan lebih berkesan untuk membersihkan negara ini dari jenayah rasuah.
 
Copyright © 2014 PenangKini.