BREAKING NEWS

Monday, 18 September 2017

Polis Thai rampas lebih 1,200kg ganja untuk pasaran Malaysia

 Polis di selatan Thai menggagalkan cubaan menyeludup sejumlah besar ganja ke Malaysia, apabila ia berjaya merampas 1,286kg (1.28 tan metrik) dadah tersebut dalam 2 insiden berasingan di Songkla dan Satun.
Menurut pemangku Ketua Polis Kawasan 9 Wilayah, Lt Jen Ronnasil Phusara, seorang lelaki ditahan di Songkla pada 12 September, sementara seorang lagi ditahan di Satun 2 hari kemudian.
“Polis menemui 589kg dari sebuah rumah sewa di Chana, Songkla, sementara 697kg lagi dadah dirampas di Satun. Lelaki itu mengaku ganja itu untuk dibawa ke Malaysia,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.


Beliau berkata, ganja itu berasal dari negara jiran Laos, diseludup ke Thailand dan dibawa ke wilayah di selatan.
Lelaki yang ditangkap di Satun, menurut Ronnasil, mendakwa dia dibayar 10,000 Baht (RM1,250) oleh seorang warga Thai untuk membawa dadah itu dan meninggalkannya di sebuah lokasi, tetapi rancangan itu digagalkan polis.
 
Copyright © 2014 PenangKini.