BREAKING NEWS

Tuesday, 19 September 2017

Program Perumahan Rakyat diberi subsidi terbesar, kata Najib


Perdana menteri hari ini mendedahkan kerajaan memberikan subsidi terbesar kepada Program Perumahan Rakyat (PPR), agar rakyat yang lebih memerlukan mampu memiliki kediaman dan aset pada harga yang berpatutan.
“Harga sebenar sehingga RM150,000. Bagi projek PPR Sri Aman, kos setiap unit ialah RM135,556, tapi kita jual RM35,000,” kata.

“Aset ini nilainya akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang dan akan menjadi harta pusaka keluarga kita,” tambahnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis penyerahan kunci PPKR Sri Aman di Jinjang, Kepong hari ini. PPR ini menyediakan 1,600 unit rumah.

Di samping mensubsidikan perumahan rakyat, kerajaan juga memperuntukkan RM6 bilion untuk pelaksanaan projek PPR.
“Setakat ini 83,759 unit PPR telahpun disiapkan. Kita ada 25,000 (unit) lagi dalam peringkat pelaksanaan dan, insyaallah, akan siap dalam masa beberapa tahun lagi,” katanya.
Sementara itu, Menteri Kesejahtaraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata PPR Sri Aman merupakan PPR pertama yang menyediakan tempatan pengurusan jenazah orang bukan Islam.

“Di sini penghuni Islam dan bukan Islam sama ramai. Di samping surau dan tempat pengurusan jenazah Islam, kita juga sediakan pengurusan jenazah bukan Islam.
“Program kita akan melibatkan rakyat bukan Islam. Kita tidak pernah abaikan mereka yang bukan Islam,” katanya pada sidang media.
 
Copyright © 2014 PenangKini.