BREAKING NEWS

Wednesday, 6 September 2017

Propaganda DAP & Apa Yang Lim Guan Eng ‘Lupa’ Beritahu Anda


Propaganda terbaru dari DAP mengatakan bahawa Pulau Pinang sedang berkembang di bawah Kerajaan Negeri Pakatan.
Inilah yang dikatakan:
“Pulau Pinang telah mencatatkan pertumbuhan pelaburan yang kukuh sebanyak 73% dalam sektor perkilangan dalam tempoh 9 tahun antara 2008-2016 sebanyak RM59 bilion, berbanding RM34 bilion untuk tempoh 9 tahun sebelumnya antara tahun 1999 hingga 2007.” – Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Bagaimanapun, apa yang Lim Guan Eng terlupa untuk memberitahu anda ialah:
“Keseluruhan negara mencatatkan pertumbuhan pelaburan yang lebih kukuh sebanyak 74.6% dalam sektor perkilangan antara tahun 2008 hingga 2016 sebanyak RM487 bilion, berbanding RM285 bilion untuk tempoh 9 tahun sebelumnya antara tahun 1999 hingga 2007.”
“Ini bermakna pertumbuhan pelaburan Pulau Pinang telah ketinggalan berbanding purata nasional.”- BNSC.
Sangat mudah untuk mencampak angka bagi mengelirukan orang ramai dan memuji diri sendiri tanpa malu tetapi ia tidak akan dapat bertahan apabila kebenaran ditunjukkan.

Ini serupa dengan pujian diri sendiri DAP yang sebelumnya berkata bahawa usaha CAT mereka mengurangkan hutang negeri sebanyak 95% yang kemudiannya didapati tidak benar kerana telah didedahkan bahawa Kerajaan Persekutuan yang mengurangkan hutang negeri itu melalui perjanjian penstrukturan semula hutang air.
Tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan ini, hutang Pulau Pinang akan meningkat kepada 300% daripada asalnya dan bukan dikurangkan 95% kerana Kerajaan Persekutuan juga memberikan geran sebanyak RM1.2 bilion untuk projek air di Pulau Pinang.
Realitinya ialah Pulau Pinang telah tidak menjadi destinasi pelaburan nombor satu sejak tahun 2011. Pulau Pinang jatuh ke tangga keempat tertinggi pada 2016 dan keempat tertinggi pada 2015.
Realitinya ialah Pulau Pinang kini ketinggalan berbanding negeri-negeri lain dalam pelaburan.
Oleh Eric See-To,
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional
 
Copyright © 2014 PenangKini.