BREAKING NEWS

Monday, 25 September 2017

Saya Tak Takut Debat Rafizi, Tapi Selesaikan Masalah PKR Dahulu – Eric See-To



Timbalan Pengarah Kumpulan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC) Datuk Eric See-To menyahut cabaran debat dengan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berhubung isu ekonomi dan kutipan cukai.

Walaubagaimanapun, Eric menegaskan bahawa beliau tidak akan menerima jemputan debat sebelum Rafizi menyelesaikan masalah dalaman PKR ekoran ianya debat berkenaan akan mengkuburkan konflik parti berkenaan jika dijalankan dalam masa terdekat.

Tuduhan Kutipan Cukai Oleh Rafizi Ramli, Satu Lagi 'Sotong Goreng' Untuk Kelirukan Rakyat
Baca Juga: Tuduhan Kutipan Cukai Oleh Rafizi Ramli, Satu Lagi ‘Sotong Goreng’ Untuk Kelirukan Rakyat
Baca Juga: Di Mata Rafizi, Tiada Yang Bijak Dalam PKR Selain Dirinya Sendiri
“Saya tidak katakan “Tidak” kepada Rafizi tetapi katakan “bukan sekarang kerana kamu perlu selesaikan isu kamu dahulu”.

“Saya sebutkan dengan jelas bahawa saya tidak mahu Rafizi menggunakan cabaran debat ini untuk mengalihkan tumpuan kepada pelbagai pertelingkahan dalaman yang Rafizi berdepan sekarang,” kata Eric dipetik kenyataannya, malam tadi.

Tegasnya, penyokong Pakatan bersikap berat sebelah dan menggelarkannya pengecut kerana tidak mahu berdebat dengan Rafizi segera dan bukannya dalam tempoh sebulan, setelah Rafizi menyelesaikan konflik dalaman PKR.

“Kira-kira dua bulan lalu, Lim Guan Eng katakan beliau tiada pilihan lain selain untuk menyaman saya. Walaubagaimanapun, beliau gagal untuk meneruskan ugutan beliau. Akhirnya, saya pula menyaman beliau dan pengurusan kes saman ditetapkan pada 20 September. Saya biarkan mahkamah tentukan siapa yang memfitnah siapa.

lim guan eng tony pua Satu Lagi Contoh Kebodohan Punca Pakatan Akan Gagal Sebagai Kerajaan
Baca Juga: Bosan Tunggu Surat Saman, Lim Guan Eng Disaman Dahulu
Baca Juga: Putar Belit Tony Pua Dijawab, Dicabar Debat Skandal Terowong Pulau Pinang
“Kira-kira tiga minggu lalu apabila Tony Pua memberi komen mengenai projek kontroversi Terowong Pulau Pinang, saya secara terbuka mencabar beliau berdebat mengenai isu Terowong. Tony Pua tidak memberi jawapan langsung jadi adakah ini bermakna Tony Pua takut atau ‘pengecut’?” tanya Eric.

Lantaran itu beliau membidas tuduhan menggelarkannya pengecut kerana tidak mahu menyegerakan debat bersama Rafizi dan menegaskan agar Rafizi kembali mengemukakan cabaran berkenaan setelah isu PKR selesai.

Rafizi menyifatkan Eric sebagai ‘pakar pusing’ dan mengemukakan cabaran untuk berdebat selepas Eric menggelarkan angka dikemukakan Rafizi berhubung isu ekonomi dan kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai ‘temberang goreng sotong’.

Menerusi kenyataan terbarunya, Eric mendakwa dakwaan oleh Rafizi tidak masuk akal dan sering berubah-ubah.

“Saya telah bertanyakan kepada Rafizi untuk berterus terang mengenai dakwaannya terhadap kutipan cukai sekarang. Adakah dia tidak gembira kerajaan mengutip kurang 50% cukai pendapatan persendirian ataupun beliau tidak gembira syarikat membuat keuntungan besar dan justeru itu kerajaan mengutip cukai korporat lebih tinggi?” tanya Eric.
 
Copyright © 2014 PenangKini.