BREAKING NEWS

Monday, 25 September 2017

Selepas Berdolak Dalik, Mahathir Akui Anwar Hanya Jadi PM Ke-8, Bukan Ke-7



Selepas beberapa kali asyik berdolak-dalik, Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya mengakui musuh ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya menjadi Perdana Menteri ke-8.

Perkara tersebut diluahkan beliau ketika diwawancara eksklusif oleh Ketua Pengarang Malaysian Insight, Jahabar Sadiq yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi portal berita propembangkang itu hari ini.

Menerusi temuramah Insight Talk berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Mahathir mengakui Anwar tidak mungkin Perdana Menteri ke-7 sebagai mana dihasratkan oleh kepimpinan partinya, PKR selama ini.


“Ini bukan isu peribadi, ini pilihan rakyat. Antara sebab kami (PH) tidak menamakan beliau untuk menjadi perdana menteri ke-7 tetapi hanya ke-8 kerana Anwar kena tunggu selepas ‘habis’ yang ke-7 itu,” dalih Mahathir.

Jawapan Pengerusi PH itu nyata berbeza dengan sokongan terbuka Mahathir sebelum ini menyatakan Ketua Umum PH tersebut bakal dilantik sebagai Perdana Menteri ke-7 jika blok pembangkang berkenaan ‘menawan’ Putrajaya.

Umum mengetahui ketika Kongres Nasional Tahunan PKR Ke-12 di Shah Alam, Selangor pada 21 Mei, perwakilan parti itu sebulat suara mengangkat plakad seragam yang bertulis ‘Anwar PM Ke-7’ semasa akhir program tersebut.

Bagaimanapun, Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak berbuat demikian waima beliau turut menerima plakad berkenaan untuk diangkat bersama-sama kepimpinan PKR di atas pentas.

Malaysiakini Juga Tidak Yakin Dengan Kestabilan Pakatan Harapan & Terbitkan Artikel Ini
Dalam sesi bual bicara dengan tajuk ‘Selamatkan Malaysia: Sahabat Atau Musuh’ itu, Mahathir sebaliknya pula menegaskan, jika tiada Perdana Menteri ke-7, Anwar tidak mungkin akan menjadi penyandang yang ke-8.

Jawapan sinis beliau itu seolah-olah menggambarkan cita-cita Anwar untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 bakal menerima masalah sekiranya Perdana Menteri ke-7 tiba-tiba enggan ‘lepas’ jawatan dipegang.

‘Otai’ DAP, Lim Kit Siang yang turut menjadi tetamu dalam wawancara itu bahkan sependapat dengan Mahathir apabila mengakui Anwar hanya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 setelah yang ke-7 itu ‘beri’ laluan.

Marah Sungguh PKR Terhadap Lim Kit Siang Apabila Kata Anwar Tak Boleh Jadi PM Ke-7
“DAP konsisten dengan pendirian untuk akur dengan ketetapan PH dalam isu Perdana Menteri iaitu beliau (Anwar) bakal menjadi Perdana Menteri ke-8 selepas ke-7 berakhir sejajar keputusan pembangkang,” katanya lagi.

Berikut ialah kenyataan penuh mereka berdua dalam sesi temuramah itu serta penegasan mengenai nasib Anwar sebagai Perdana Menteri baharu dapat disaksikan pada minit ke-20 dan ke atas.

 
Copyright © 2014 PenangKini.