BREAKING NEWS

Thursday, 21 September 2017

Sikap Guan Eng Makin Teruk Dalam Isu Banjir

Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng sudah semakin mengarut dan ke laut nampaknya. Masih tidak mahu akui kesilapan sendiri. Asyik hendak salahkan orang lain sahaja.

Sikap teruk Guan Eng ini makin menjadi jadi, selepas gagal selesaikan isu kilang haram. Kali ini dalam isu banjir, lebih teruk Guan Eng selesaikannya.

Pada 15 September lepas, Pulau Pinang dilanda banjir teruk sampai bandaraya Georgetown lumpuh kerana banjir. Itu pun Guan Eng masih tidak mengaku. Dia salahkan Taufan Doksuri sebagai punca, bukan kegagalan sistem peparitan dan tebatan banjir sebagai punca utama.

Guan Eng ibaratkan petugas media berat sebelah. Guan Eng kata semua memihak kepada Barisan Nasional (BN). Guan Eng menuduh media membuat laporan palsu berkenaan bencana banjir itu. Guan Eng sebut ada negeri lain yang berjiran dengan negerinya lagi teruk tetapi hanya Pulau Pinang digambarkan begitu buruk.

Negeri mana agaknya yang dimaksudkan oleh Guan Eng itu? Sila beri gambar dan video kejadian banjir yang teruk di negeri itu? Ada dengar berita kejadian mati disebabkan banjir di negeri lain? Tiada, hanya di Pulau Pinang sahaja. Guan Eng yang buat tuduhan palsu, bukannya media.

Oleh itu, Guan Eng jangan main tuduh tuduh sahaja. Jawapan bodoh daripada Guan Eng ini akhirnya memakan diri sendiri. Rakyat Pulau Pinang derita berenang dalam banjir, Guan Eng senang lenang sahaja datang pakai baju “Batman” berlakon di gigi air sahaja.

Guan Eng yang juga anak Lim Kit Siang kena tahu, media hanya melaporkan kejadian itu selepas kejadian yang melanda Pulau Pinang itu ditularkan oleh orang ramai di media sosial. Beratus-ratus keping gambar dimuat naik ke Facebook menceritakan keadaan banjir yang menyukarkan pergerakan orang ramai pada hari kejadian.

Masyarakat yang buat laporan jujur dari hati mereka, bukannya media yang memperbesar-besarkan cerita. Portal pembangkang pun cerita banjir yang sama. Hanya Guan Eng sahaja yang bercakap situasi masih tidak serius kepada China Press pada hari banjir berlaku.

Apa Guan Eng hendak tunggu sampai Komtar dan pejabat Ketua Menteri tenggelam baru hendak cakap ianya serius?

Apabila banjir berlaku, Guan Eng tidak mahu mengaku kesalahan dirinya, sebaliknya menyalahkan pihak lain sampai kuasa Tuhan pun disalahkannya. Dia tuduh Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) kerana banjir dan pernah salahkan takdir hujan terlalu lebat yang turun di negeri itu.

Inilah dia cara “Tokong DAP”, Guan Eng menyelesaikan isu banjir. Menyalahkan semua pihak lain, termasuklah kuasa Tuhan.

Bencana banjir di Pulau Pinang telah sebabkan seorang mati lemas. Mangsa, Noor Afidah Yajunas, 30, bekerja sebagai operator kilang dihanyutkan arus banjir ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Guan Eng kata mati bukan sebab banjir tetapi disebabkan kemalangan jalan raya.

Logik macam ini pun ada macai macai DAP dan parti bunga mahu terima. Logik dan alasan yang diberikan oleh Guan Eng amat menghina mangsa mangsa banjir termasuklah keluarga mangsa yang terbunuh.

Maruah mangsa juga dipandang rendah kerana Guan Eng hanya membayar RM400 kepada mangsa banjir yang mengalami kerugian. Hendak baiki apa dengan wang sebanyak itu?

Dengan kerosakan serta kerugian yang berlaku disebabkan banjir, kosnya adalah lebih tinggi. Lebih banyak wang dihabiskan untuk kajian terowong berbanding yang diberi pada mangsa banjir. Sudahlah begitu, rakyat yang menjadi mangsa pula kena mengisi borang permohonan untuk minta bantuan.

Tujuh orang mati kerana kanser akibat kiilang haram di Sungai Lembu. Guan Eng datang bawa sebakul durian dan RM10,000 untuk tutup kes. Dalam isu banjir, ribuan orang terlibat, Guan Eng salahkan taufan, salahkan media dan beri hanya RM400 kalau mangsa banjir isi borang.

Inilah cara DAP memerintah, cara diktator dan kuku besi. Sentiasa tidak mahu mengaku kesalahan diri sendiri. Gagal salurkan RM22 juta untuk projek tebatan banjir tidak pula diakuinya. Cara kepimipinan Guan Eng ini adalah cara kepimpinan yang paling teruk sekali sebagai seorang Ketua Menteri di Malaysia.

Berjanji bukan main lagi hendak selesaikan isu banjir selama sepenggal memerintah. Kini sudah sepuluh tahun DAP di Pulau Pinang. Tiap tiap tahun ada banjir, Ketua Menterinya masih sama. Guan Eng hanya pandai cari alasan dan tuding jari kepada pihak lain sahaja. Masalah banjir tidak pernah selesai juga.

Undilah lagi DAP. Jangan sampai Komtar tenggelam, baru hendak bercucuran air mata. Rakyat Pulau Pinang perlu bertindak dari sekarang. Tukar kerajaan di Pulau Pinang.


Tulisan:
Beruang Biru
BB586, Khamis
21 September 2017
 
Copyright © 2014 PenangKini.