BREAKING NEWS

Thursday, 7 September 2017

Tarif air naik selepas PRU, GERAKAN selar DAP

6 SEPT: GERAKAN Pulau Pinang menyelar kerajaan negeri diketuai DAP yang didakwa gagal melaksanakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) apabila tidak mendedahkan kepada umum kemungkinan menaikkan tarif air di negeri itu selepas pilihanraya umum.
Naib Ketua Pemuda, Khaw Poh Chung berkata pihaknya dimaklumkan bahawa kerajaan negeri bakal melaksanakan kenaikan tarif air sehingga 77 peratus bagi rumah kediaman dan 58 peratus bagi sektor perniagaan
Susulan itu, pihaknya sudah mengemukakan permohonan di bawah FOI pada 11 Ogos lalu, untuk melihat surat permohonan yang didakwa sudah pun dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.
“Bagaimanapun, saya kecewa apabila permohonan saya untuk melihat dokumen itu ditolak pada 30 Ogos lalu, kerana diklasifikasikan sebagai Sulit dan Persendirian.
“Bagi saya, ini adalah pengesahan bahawa Enakmen FOI yang selalu dibanggakan kerajaan negeri adalah satu penipuan,” katanya di George Town hari ini.
Sebelum ini, kerajaan negeri menerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) pernah menaikkan kadar tarif air bersih pada 2010, 2013, 2015 dan menaikkan caj air mentah pada 2016.
Setiausaha Agung GERAKAN, Datuk Liang Teck Meng juga dilaporkan pernah mendedahkan berkaitan kenaikan tarif air yang sepatutnya berlaku pada 1 April lalu, bagaimanapun kerajaan negeri diketuai Lim Guan Eng dikatakan menarik balik pelaksanaan terbabit.


 
Copyright © 2014 PenangKini.