BREAKING NEWS

Wednesday, 20 September 2017

Trofi Baharu Liga Super

Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) hari ini melancarkan trofi baru Liga Super yang direka bentuk oleh tukang emas diraja.
Ia diperbuat daripada tembaga, perak dan emas tulen, dengan nama pemenang tahunan akan diukir di bahagian bawah belakang trofi.

Berkonsepkan futuristik dan elegan, trofi baru itu direka seperti figura meraikan kejayaan mengungguli liga dengan menjadikan era baru sebagai detik permulaan.
“Kejayaan sesebuah organisasi patut diambil kira dalam semua aspek secara terperinci.
“Salah satunya adalah nilai dan kualiti trofi dalam pertandingan.
“Trofi merupakan satu simbolik bahawa ia adalah era baru,” kata Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam majlis memperkenalkan trofi berkenaan di Johor Bahru, hari ini.
Trofi Liga Super ini julung kalinya akan dijulang oleh juara 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT), selepas perlawanan menentang Kelantan di Stadium Larkin, malam esok.


 
Copyright © 2014 PenangKini.