BREAKING NEWS

Wednesday, 13 September 2017

Trump puji Najib, Malaysia sedia beli jet AS$10 bilion

Datuk Seri Najib Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald Trump dan anggota kanan pentadbirannya di White House.
Ketibaan Najib di White House disambut Trump, dan kedua-dua pemimpin itu mengadakan perbincangan yang antara lain menyentuh minat Malaysia untuk membeli 25 buah pesawat Boeing 737.
Menurut Bernama, Najib turut memberitahu Trump kesediaan Malaysia untuk membantu ekonomi AS dengan melibatkan diri dalam membangunkan prasarana melalui pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai antara AS$3 bilion dan $4 bilion.
Trump pula memuji langkah Malaysia memerangi keganasan.
“Beliau amat lantang dalam soal keganasan di Malaysia, dan seorang penyokong kuat dari segi itu,” kata Trump.
“Beliau tidak lagi terlibat dengan perniagaan dengan Korea Utara dan ia sesuatu yang penting bagi kami.”

Najib ditemani Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Duta Besar Malaysia Tan Sri Zulhasnan Rafique, Ketua Setiausaha Tan Sri Ali Hamsa dan ketua pengarah Majlis Keselamatan Negara Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
 
Copyright © 2014 PenangKini.