BREAKING NEWS

Sunday, 10 September 2017

Adun PKR selar Hannah Yeoh


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin mengingatkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sela­ngor, Hannah Yeoh bahawa tindakan beliau membangkitkan isu rakyat bukan perkara remeh.


Norlela berkata, semua pihak perlu memahami perjuangan beliau adalah menyua­rakan masalah rakyat dalam kawasan yang diwakilinya.


Sehubungan itu, ujarnya, setiap perkara yang dibangkitkan termasuk isu kilang haram di Kampung Sungai Lembu yang memudaratkan kesihatan penduduk bukan bersifat emosional.

“Kenapa Hannah hendak menggunakan contoh saya menangis dalam sidang DUN untuk menunjukkan saya beremosi? Dia (Hannah) tidak tahu kebenaran serta cara menakut-nakutkan yang saya kena kerana dia tidak pernah tanya.

“Saya menangis sewaktu sidang DUN pada 2015 kerana usul supaya kerajaan negeri ambil tindakan yang lebih tegas terhadap kilang haram berkenaan yang menyebabkan seorang pemandu lori melecur dan meninggal dunia. Adakah itu dianggap remeh dan emosional?”

Norlela mengulas kenya­taan Hannah baru-baru ini yang menyebut “hanya kerana anda menangis tidak bermakna orang lain perlu beri apa yang anda mahukan”.


 
Copyright © 2014 PenangKini.