BREAKING NEWS

Tuesday, 31 October 2017

#KL2017 Isu Kelewatan Bayaran Perkhidmatan MASOC janji selesai bayaran sehingga November




KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pengelola Malaysia Kuala Lumpur 2017 (MASOC) meluahkan rasa kecewa mengenai dakwaan beberapa artis dan pihak tertentu yang belum menerima bayaran sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9, Ogos lalu.
Sedangkan, MASOC sudah membayar lebih 70 peratus daripada nilai kontrak syarikat yang dilantik, menerusi proses tender Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mengendalikan upacara perasmian dan penutup kedua-dua temasya berkenaan pada 28 Ogos lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Datuk Seri Zolkples Embong berkata, MASOC sudah menetapkan sasaran melunaskan semua bayaran kepada pihak yang dilantik bagi selewat-lewatnya sehingga akhir November ini.
"Ketika mesyuarat MASOC bersama Menteri Belia dan Sukan (pada 23 Oktober lalu), Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengarahkan MASOC mempercepatkan proses pembayaran.
"Bayaran akan mengambil kira peraturan-peraturan kewangan yang berkuat kuasa terhadap semua syarikat yang dilantik memberikan perkhidmatan pada KL2017.
"MASOC kini bekerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk mempercepatkan proses pembayaran itu dengan sasaran semua bayaran itu sebelum akhir November ini," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Zolkples berkata, terdapat dua jenis perolehan untuk KL2017 iaitu dibuat oleh Sekretariat MASOC sendiri atau melalui 16 jawatankuasa kecil di bawah MASOC.
"Perolehan yang dilakukan oleh 16 jawatankuasa kecil MASOC akan dibayar jika setiap jawatankuasa berkenaan sudah mengemukakan permohonan pembayaran lengkap mengikut prosedur ditetapkan Jawatankuasa Kewangan KL2017.
"Segala perolehan yang dibuat oleh Sekretariat kebanyakannya sudah mendapat bayaran awal antara 70 hingga 90 peratus daripada nilai kontrak.
"Sepatutnya syarikat atau agensi berkenaan dapat melunaskan bayaran kepada pihak ketiga yang sudah memberikan perkhidmatan mereka," katanya.
Bagaimanapun, katanya semua permohonan pembayaran yang dilakukan perlu melalui proses dokumentasi yang lengkap dan teratur mengikut peraturan Perbendaharaan seperti yang ditetapkan.
Mengenai rungutan sukarelawan yang mendakwa belum menerima bayaran elaun, katanya hampir semua daripada mereka yang mengemukakan tuntutan dan menepati prosedur ditetapkan sudah menerima bayaran MASOC.
"Bagaimanapun ada juga yang masih belum dibayar terutama atas sebab-sebab teknikal seperti kesalahan nombor akaun bank dan kesilapan butiran peribadi, namun jumlah aduan semakin berkurang.
Katanya, MASOC sudah menetapkan setiap aduan berhubung kelewatan pembayaran sukarelawan ini diselesaikan dalam tempoh lapan hari bekerja.
Pihak yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung pembayaran atas khidmat yang telah dilakukan boleh menghubungi helpdesk@kualalumpur2017.com.my bagi memastikan semua pembayaran berhubung pengelolaan Kuala Lumpur 2017 berjalan lancar.



Tol Bukit Kayu Hitam Tetap Mansuh


Menerusi perkongsian blogger pembangkang melalui sekeping gambar yang menunjukkan perpindahan Plaza Tol Bukit Kayu Hitam ke lokasi baru bermula 1 November 2017 menerusi artikel beliau << KLIK SINI >> . Menerusi dakwaan fitnah beliau konon-kononya tol berkenaan gagal dimansuhkan berikutan perpindahan Tol berkenaan di tempat baru dan kutipan tol akan diteruskan di tempat baharu.

Dakwaan fitnah tersebut hanyalah bersifat populis dan dakwaan dangkal pembangkang yang gagal mendapatkan penjelasan yang sebenarnya dari pihak PLUS. menerusi Bajet 2018 yang diumumkan baru-baru ini, Datuk Seri Najib mengumumkan Kerajaan memutuskan bakal memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Selangor; Bukit Kayu Hitam, Kedah; dan Eastern Dispersal Link, Johor bermula 1 Januari 2018.

Dalam masa itu, Pihak PLUS telah mengeluarkan kenyataan Akhbar bagi menjawab fitnah tersebut.PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang memaklumkan bahawn operasi di Plaza To Bukit Kayu Hitam di KM0.65 di Lebuhraya Utara-Selatan akan berpindah ke lokasi baharu  di KM1.0 mulai jam 5:00 pagi, 1 November 2017.

Namun demikian, selepas beroperasi dl lokasi baharu pada tarikh tersebut kutipan lot di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2017 sahaja. Lokasi  yang  baharu  ini  adalah  sebahagian  daripada  projek  pembangunan KompleksImigresen.  Kastam. Kuarantin & Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam yang baharu.









Jawapan kepada Fitnah Nga Kor Ming mengenai Hutang Negara



1. Nga Kor Ming kata bajet kali ni ada rekod amat membimbangkan, iaitu hutang negara paling tinggi RM685 billion.. dan kos bayar hutang tiap2 tahun RM30 billion.

 sebenarnya NGA terlupa nk cakap yg KDNK negara juga berada di paras paling tinggi EVER. pinjaman RM685 billion masih berada dibawah paras selamat 55% drpd KNDK - keluaran dalam negara kasar.

 Kos bayar hutang tahunan RM685 billion ni, hanya RM30 billion -- tak smpai 11% perbelanjaan mengurus negara pon. kita lebih drpd mampu utk membayar RM30 billion setahun kerana pendapatan negara ialah RM239.9 billion

2. Nga juga kata Belanjawan defisit paling panjang 21 tahun berurut2.. jumlah defisit RM42.8 billion melebihi kutipan GST

sebenarnya belanjawan defisit adalah perkara biasa.. asalkan ekonomi negara bertumbuh.. mencatatkan pertumbuhan ekonomi, banyak kerja utk graduan, pengangguran ditahap yg selamat, pendapatan perkapita mencatatkan kenaikan, hutang ditahap yg selamat.. tak ada masalah.

defisit  RM42.8 billion melebihi GST juga tak membimbangkan kerana negara tak bergantung kpd sumber GST sahaja.. negara ada mcm2 sumber pe dapatan lain2 cukai, duti, eksais, royalti, yg bernilai RM239.9 billion.

sumber : Syed Agil Jamalullaid

Rakyat Malaysia Maut Dipercayai Digigit Labah-Labah Ketika Naik Belon Panas Terkenal Di Turki

Rakyat Malaysia Maut Dipercayai Digigit Labah-Labah Ketika Naik Belon Panas Terkenal Di Turki

KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia di Istanbul, Turki dipercayai akibat digigit serangga selepas menaiki belon udara panas di Cappadocia 23 September lalu.

Mangsa, Noor Azmeera Sahudin mengikuti pakej pelancongan di Turki bersama keluarganya pada 16 hingga 24 September sebelum arwah dimasukkan ke hospital selepas terkena gigitan serangga.

Perkara ini disahkan oleh Pengurusan Syarikat Pelancongan IBC Tour yang menguruskan pakej percutian mangsa dan keluarganya di Turki.

cappadocia malaysia

Mohammad Rizal Narusuddin, Pengarah Syarikat IBC Tour Corporation Sdn. Bhd berkata, mangsa yang berusia 27 tahun tidak menyedari dia gigit serangga dan hanya mengadu mengalami kegatalan saja.

“Ketika kami membawa pelancong melawat di Cappadocia, mangsa menaiki belon udara panas dan dipercayai digigit sesuatu di bahagian kaki, sama ada labah-labah atau serangga.

“Kemudian, mangsa mengadu mengalami gatal-gatal. Tiga hari kemudian mangsa mengadu mengalami kesakitan di bahagian kaki dan ketua pelancong kami membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan di sebuah hospital di Bursa.

“Doktor di hospital Bursa memberikan ubat seperti antibiotik, namun mangsa sekali lagi mengadu sakit sehingga ke bahagian pinggang. Kemudian, mangsa terus dibawa ke Hospital Besar Istanbul,”katanya yang dipetik dari laporan New Straits Times

labah-labah cappadocia,

Jelas Mohd Rizal lagi, doktor mengesahkan bahawa mangsa telah digigit seseatu dan racunnya telah merebak ke bahagian pinggangnya.

Menurut beliau, pihak IBC Tour menerima panggilan pada jam 9 malam yang mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia di hospital tersebut.

“Kami mengambil tanggungjawab dan menghubungi syarikat insurans mangsa untuk menguruskan jenazah supaya dibawa pulang ke Malaysia, namun keluarga mangsa mahu arwah dikebumikan di Turki.

“Sehingga kini, kami belum mendapat laporan perubatan lengkap berhubung punca kematian, cuma doktor yang merawat arwah mengesahkan mangsa terkena gigitan,” katanya.

Wakil IBC Tours berada bersama mangsa daripada hari pertama di hospital sehingga kritikal dan membantu menguruskan pengebumian dan kepulangan keluarga mangsa ke Malaysia.

Sumber : SK

Kerajaan masih subsidi harga minyak

Peserta dialog pasca belanjawan negara hari ini diberitahu kerajaan masih mensubsidikan harga minyak walaupun ia sepatutnya dimansuhkan pada 2014.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar berkata subsidi itu secara khusus disimpan untuk tempoh apabila harga minyak meningkat semasa penyesuaian harga mingguan.
“Walaupun kita sudah melaksanakan mekanisme penetapan harga, kerajaan mash mensubsidikan harga minyak. Kita tidak mahu rakyat terlalu terbeban. Ada tempoh apabila harga minyak naik, jadi kita subsidikan sedikit. Beberapa ratus juta ringgit sebulan.

“Saya tidak tahu adakah kita akan terus melakukan perkara itu, tetapi buat masa ini kita mensubsidikan harga minyak, walaupun tidak banyak.

“Sebelum rancangan rasionalisasi subsidi (pada 2014), kita membelanjakan RM22 bilion (setahun),” katanya menjawab soalan di dialog yang diadakan di Suruhanjaya Sekuriti hari ini.
Selain Irwan, ahli panel lain ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Axcelasia Taxand Sdn Bhd, Veeringderjeet Singh; bekas penolong setiausaha agung bagi pembangunan ekonomi PBB, Jomo Kwame Sundaram; Pengurus Besar Ekonomi dan Pasaran Modal Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Nurhisham Hussein; dan felo penyelidik kanan Institut Pengajian China di Universiti Malaysia, Cheong Kee Cheok.

Mekanisme harga minyak mingguan mula dilaksanakan pada 29 Mac tahun ini. Harga petrol dan diesel ditetapkan melalui sistem apungan terurus sejak 1 Disember 2014, berikutan pemansuhan subsidi minyak dalam usaha menaikkan ekonomi negara, dan menjimatkan AS$6 bilion setahun.
Sementara itu, Irwan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa akan mengetuai pasukan petugas untuk menyelia pelaksanaan semua langkah belanjawan.

Perdana menteri mengumumkan perkara tu pagi tadi.
Irwan, yang akan menjadi timbalan Ali, berkata pasukan itu juga akan memastikan semua badan kerajaan melaksanakan program yang dan projek yang dinyatakan dalam belanjawan negara mengikut jadual.

“Kita bukan sahaja melihat dari perspektif jadual perlaksanaan, tetapi juga kecekapan kos juga bagi memastikan rakyat mendapat lebih banyak manfaat,” tambahnya.

Monday, 30 October 2017

Forum Masalah Banjir Dan Tanah Runtuh: Hanya Seorang ADUN DAP Hadir


DAP Guna Rumah Ubah Geopolitik Balik Pulau

Jumlah rumah di Kg. Terang, Balik Pulau ada 313 buah. Jumlah penduduk sekitar 600 orang.
Di kampung yang sama, Kerajaan DAP luluskan pembinaan Pangsapuri Rimbun yang ada 400 pintu. Katakan satu pintu akan duduk minimum 3 orang. Makna kata akan ada 1,200 orang bertambah sekelip mata di Kg. Terang. Itu minimum 3 orang satu pintu tu.

Projek ini telah siap dan khabarnya lebih dari 90% penerima adalah orang luar.
Keadaan ini pastinya akan beri kesan yang sangat mendalam kepada geopolitik di Kg. Terang dan Balik Pulau. Nilai-nilai luar akan menguasai nilai-nilai tempatan.

Bukan itu saja, tiada perancangan rapi oleh Kerajaan DAP akan persediaan bagi menerima pertambahan dua kali ganda penduduk di Kg. Terang. Bagaimana dengan kapasiti Masjid, tadika dan sekolah sebagai contoh. Mampukah menampung permintaan mendadak?

Sebelum ini, kawasan berkenaan bebas banjir, kini pantang hujan air naik di kawasan sekitar. Sistem perparitan tidak terurus di sana.



Ini semua masalah. Dan masalah ini jika tidak diselesaikan akan memalitkan nama YB ADUN dan YB Ahli Parlimen. Nampak bagaimana permainan mereka?

Sebelum ini Kerajaan DAP banyak beri kelulusan bina rumah-rumah mewah di sekitar Balik Pulau. Kebanyakannya kini kosong tidak berpenghuni. Orang tempatan tak mampu beli. Yang beli orang luar. Mereka beli bukan untuk tinggal tapi untuk jadikan aset. Entah berapa nama agaknya di rumah-rumah berkenaan didaftarkan sebagai pengundi.

Ini semua cabaran. Cabaran buat warga Balik Pulau mempertahankan geopolitik sedia ada.
Sebagai satu-satunya kawasan yang gagal ditawan dalam bahagian Pulau di Negeri ini, Guan Eng berulang kali menyatakan mereka akan melakukannya dalam PRU akan datang.

Sebagai anak Balik Pulau saya takkan biar cita-cita Guan Eng terlaksana. Apatah lagi bersekongkol dengan kuncu-kuncunya.

Patah SAYAP bertongkat PARUH,
Patah PARUH bertongkat SIKU,
Patah SIKU bertongkat DAGU,
Patah DAGU bertongkat KUKU!
Wassalam.

MOHD ZAIRI SAID

10 Kali Pembangkang Terkedu Semasa Pembentangan Bajet 2018


Pada pembentangan Bajet 2018, hari Jumaat lepas, pembangkang terkedu, terdiam dan tersungkur terus di Parlimen. Apa lagi pembangkang boleh buat? Bukan tiga kali, pembangkang kena tumbukan “TKO” tetapi sepuluh kali terkena pukulan itu.
Terus tersembam di parlimen. Sebiji biji kena tepat pada muka pembangkang. Berikut adalah sepuluh tumbukan “TKO” itu :
1. Menghina Etnik Bugis
Pada permulaan ucapan Bajet 2018, Najib mencuit Pengerusi PH, Mahathir yang menghina etnik Bugis pada Demo Kleptokrasi, 14 Oktober lepas. Mahathir menggelarkan orang Bugis sebagai lanun dalam demo tersebut. Sindiran Datuk Seri Najib adalah seperti berikut :
"Sayang seribu kali sayang... dalam pada kita ingin membina peradaban santun susila di antara satu sama lain, sampai hati dan tergamak sungguh orang itu (Mahathir) memaki, mencerna etnik bangsa dari keturunan Bugis.
"Tapi tak mengapalah, apa yang penting kita wajar terus berjiwa besar bak kata seloka loghat Utara :
Orang Kedah semua baik-baik dan ramah-ramah,
Cuma seorang dua saja yang mudah lupa diri,
Kerajaan BN ini ikhlas, kerja untuk negara dan ummah
Inilah dia Bajet yang kita semua nanti-nanti.
Terus panas punggung pembangkang yang berada dalam dewan. Kit Siang dilihat tersenyum sahaja. Mungkin suka Mahathir kena sindir begitu. Muhyiddin pula buat buat muka “bodoh” sahaja bila Mahathir kena sindir.
2. Pelaburan China
Selesai Mahathir, Najib membidas pula tindakan pembangkang menuduh pemimpin negara yang membuat lawatan ke luar negara sebagai satu cubaan untuk mengadaikan kedaulatan negara.
Beliau melontarkan persoalan kepada Menteri Besar Selangor , Azmin Ali yang turut melawat negara China untuk meninjau peluang pelaburan di sana.
"Baru-baru ini saya mendapat khabar berita, katanya YAB Menteri Besar Selangor, merangkap Ahli Parlimen Gombak sendiri telah pun berkunjung ke Tanah Besar China, Kita nak tanya YB Gombak, nak jual Selangor ke?
"Demikianlah kata orang, berhati-hatilah kalau mahu meludah ke langi. Takut-takut nanti, ia jatuh setepek terpalit ke muka sendiri.
Dalam hal ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga kena dengan Najib sampai terkedu. Azmin Ali pula tidak terkata apa. Tunduk dan bermain main dengan telefonnya dalam parlimen.
3. Puji Wan Azizah
Ini pukulan yang paling tepat mengenai urat saraf pembangkang. Meroyan habis mereka. Pada mulanya, seluruh wakil rakyat dan kebanyakan orang ramai yang menonton pembentangan bajet menyangkakan Najib ingin memuji Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail, apabila menyebut tentang kehidupan seorang wanita yang menempuhi banyak cabaran hidup.
Sebaliknya tidak, Wan Azizah yang dimaksudkan adalah jutawan yang menjual ayam, bukannya Wan Azizah yang suaminya suka “ayam jantan”
"Menyentuh hal ini... kita sesungguhnya berasa simpati dan kagum dengan ketabahan seorang insan bernama Wan Azizah, atau lebih dikenali dengan nama Kak Wan, dalam menempuh liku-liku hidup dengan beliau yang begitu mencabar.
"Namun, berkat kesabaran, Kak Wan terus cekal berjuang, nampaknya Kak Wan ada bersama-sama kita pada hari ini.
"Justeru itu, marilah kita sama-sama memberikan tepukan kepada Kak Wan Azizah binti Wan Salleh yang berada di atas sana," kata Najib disambut dengan gelak tawa wakil rakyat Barisan Nasional.
Wan Azizah dan seluruh wakil rakyat pembangkang terus terlopong dan terkedu.
4. Mansuh Tol
Pembangkang terkedu lagi bila Datuk Seri Najib berucap mahu kutipan tol di Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau dimansuhkan. Sudah dua penggal pembangkang jadi pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang satu plaza tol pun tidak dimansuhkan. Rekod Najib lebih baik dalam pemansuhan tol. Najib sudah mansuh 7 tol, Pak Lah 4 tol, Mahathir 1 tol manakala kerajaan PKR di Selangor mencatatkan “0” dan Guan Eng “0”.
5. “Senyap Je Pembangkang”
Datuk Seri Najib sebut rizab negara sekarang lebih USD$100 billion, Jika hendak dibandingkan dengan hanya USD$21 billion pada tahun 1997. Dengan jumlah rizab USD$21 billion pun Malaysia tidak bankrap, apatah lagi dengan jumlah rizab yang ada pada masa sekarang ini. “Sekarang hendak kata bankrup?” kata Datuk Seri Najib.
Itu belum lagi dikira yang hilang RM32 billion. Kemudian Datuk Seri Najib sebut “senyap je pembangkang?”. Bab hilang duit RM32 billion ini pembangkang memang senyap. Jawab pun “tidak tahu’ sahaja. Nampak sangatlah ada sesuatu yang tidak kena.
6. Pinjaman PTPTN
Apabila menyentuh bab PTPTN, sekali lagi Najib “menumbuk rusuk” pembangkang kerana berdolak-dalih tentang PTPN. Dulu kata hendak mansuh hutang PTPTN, kini dalam Bajet Alternatif tidak mahu mansuh pula. Pembangkang ini ‘asyik asyik hendak U TURN sahaja” kata Datuk Seri Najib.
7. BR1M
Kemudian menyentuh berkenaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Najib menempelak lagi pakatan pembangkang yang tidak seragam apabila seorang kata BR1M adalah rasuah manakala seorang lagi kata BR1M harus dikekalkan. Dalam bajet cadangan DAP-Pakatan Harapan, BR1M mahu dikekalkan pula. Nampak sangat pembangkang akui BR1M berkesan kepada rakyat. Kemudian hendak tiru apa yang BN buat.
8. Tanah Runtuh
Isu ini kena tepat ke dagu pembangkang. Perdana Menteri memetik Twitter Ahli Parlimen DAP-Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang meluahkan rasa sedih dan terkilan berkenaan kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah.
“Ibu jaga anak kan sakit, Darah tubuh beban kesihatan, Pemaju bina leretan bukit, Tanah runtuh korban insan”
Demikian pantun Seng Giaw yang membuat pembangkang panas lagi dalam dewan.
9. Lapangan Terbang Pulau Pinang
Negeri Pulau Pinang yang ditadbir DAP boleh dikatakan menerima peruntukan yang agak tinggi dalam Bajet 2018 kali ini termasuk projek naik taraf Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang. Ketika mengumumkan perkara ini, Najib berseloroh "Pulau Pinnag lagi?", giliran Guan Eng yang juga Ahli Parlimen DAP-Bagan pula terkedu.
10. Hidup BN vs Kleptokrasi
Tumbukan yang ini tepat ke kepala dan buat pembangkang terus bingung. Pembangkang cuba menjerit laungan Kleptokrasi tetapi laungan Hidup BN oleh semua wakil rakyat BN lebih kuat lagi. Terdiam terus mereka selepas itu.
Semua rakyat BN berdiri sambil memegang buku ucapan Bajet 2018 yang dibaca oleh Najib sebagai simbol mereka sebulat suara menyokong Najib dan Bajet 2018 yang dibentang oleh Datuk Seri Najib.
Dengan kepala yang bingung dan terhoyong hayang, pembangkang meninggalkan sahaja dewan. Pembangkang terkedu kerana Bajet 2018 yang dibentang adalah menyeluruh kepada semua rakyat. Apa lagi isu yang pembangkang boleh buat? Terkedu habislah mereka.

Tulisan :
Beruang Biru
BB637, Isnin
30 Oktober 2017

Tanah runtuh Tanjung Bungah: DAP diminta berhenti salahkan Putrajaya

Op Lejang: Lebih 200 mat rempit dikerah tolak motosikal sejauh 4 km

Seramai 210 penunggang motosikal ditahan dalam Op Lejang dan Rempit di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) yang merupakan lokasi geng motosikal dan mat rempit berkumpul serta berlumba haram, malam tadi.

Antara yang ditahan dalam operasi Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) itu adalah seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang sanggup menggadai nyawa dengan menunggang motosikal yang diubahsuai tanpa brek dan cermin sisi dari Parit Buntar, Perak ke BORR untuk berlumba haram dengan rakan-rakannya.

Semua yang ditahan itu kemudian diarahkan menolak motosikal masing-masing sejauh hampir 4 km selepas mereka ‘diperangkap’ di BORR dan dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk diperiksa serta didokumentasi.

Ketua Polis Daerah SPU ACP Noorzainy Mohd Noor berkata operasi itu, yang bermula pada 10 malam membabitkan 11 pegawai dan 61 anggota serta 2 anggota penguatkuasa Majlis Perbandaraan Seberang Perai (MPSP), turut menyita 21 motosikal kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk ubah suai keterlaluan.

Selain itu, sebanyak 185 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan seperti Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada cermin sisi, tiada nombor pendaftaran, tiada lesen memandu dan ubah suai ekzos, katanya hari ini.

“Dalam operasi itu, polis turut menahan 2 remaja lelaki berusia 14 tahun yang bukan sahaja menunggang motosikal diubah suai malah tidak memiliki lesen memandu.
“Mereka yang berasal dari Cheruk Tok Kun, mendakwa diberhentikan sekolah beberapa bulan lalu dan berada di BORR untuk bertemu rakan. Motosikal mereka turut disita kerana tiada cukai jalan,” katanya.

Noorzainy berkata dalam operasi itu, seorang lelaki turut ditahan kerana memiliki motosikal curi manakala seorang lagi ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara bahaya.

Beliau berkata operasi itu dijalankan bagi membanteras kegiatan curi motosikal yang semakin meningkat di SPU serta mengekang aktiviti lumba haram di sekitar kawasan BORR.
“Kawasan BORR sebagai ‘port’ mat rempit di SPU terutamanya pada hujung minggu. Operasi ini bagi membendung kegiatan berkenaan serta jenayah lain dan kami akan meneruskan operasi dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan mat rempit,” katanya.

Kesibukan tidak halang ADUN Pulau Betong Terima Anugerah PhD


GEORGE TOWN – Bergiat aktif dalam lapangan politik bukan penghalang buat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong menimba ilmu hingga berjaya menggenggam segulung Ijazah Kehormat Doktor Falsafah di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Datuk Muhamad Farid Saad, 54, penerima anugerah itu dalam bidang Sains Politik menzahirkan rasa syukur kerana berjaya menyempurnakan pengajiannya di USM selama dua tahun setengah.

“Bidang politik memerlukan saya untuk sentiasa memikirkan soal pendidikan, pemilikan tanah mahupun keusahawanan supaya ilmu yang saya peroleh ini dapat disalurkan kepada masyarakat seterusnya memberi manfaat kepada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita pada Upacara Konvokesyen USM ke-55.

Anugerah itu disampaikan oleh Canselor USM, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di hadapan 574 graduan dalam pelbagai lapangan bagi sidang pertama.

Beliau turut melakukan beberapa kajian mengenai pemilikan tanah di negeri ini supaya ia dapat diaplikasikan dengan kehidupan masyarakat setempat iaitu sejajar dengan peranannya sebagai ahli politik yang dekat dengan masyarakat sepanjang pengajiannya.

Selain Muhammad Farid, turut menerima anugerah doktor falsafah itu ialah Naib Juara Pencetus Ummah Musim Ketiga (2015) Taha Mohd. Omar yang lebih dikenali sebagai ‘PU Taha’.

Kejayaan beliau menamatkan pengajian dalam bidang Pengurusan Pembangunan Islam selama empat tahun itu menepis dakwaan sesetengah masyarakat bahawa personaliti televisyen sepertinya kurang menitikberatkan soal pendidikan dan hanya memikirkan soal glamor semata-mata.

“Bagi saya, popular itu hanyalah sementara sahaja sebaliknya ilmu itu kita boleh bawa sampai bila-bila. Di samping itu, kita dapat buktikan bahawa kita ini bukanlah ‘ustaz ekspres’ seperti yang didakwa oleh sesetengah masyarakat,” katanya.

Majlis konvokesyen itu turut menyaksikan penerima anugerah doktor falsafah termuda iaitu Naja Nadiara Omar yang berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang fizik pada usia 24 tahun.

Beliau turut berkongsi kegembiraannya bersama keluarga dan suami yang tidak putus-putus memberi semangat kepadanya untuk menimba ilmu ke peringkat yang lebih tinggi.

Sementara itu Pegawai Pertanian di Universiti Sultan Zainal Abidin, Mohd Rohaizad Md Rejab, 33, hari ini menerima anugerah Anumerta bagi pihak isterinya yang meninggal dunia akibat kanser payudara pada tahun lalu.

Isterinya, Zaharah Ghazali turut menamatkan pengajian doktor falsafah dalam bidang Sains Kemasyarakatan.

Seramai 6,850 graduan akan menerima ijazah pertama dan ijazah tinggi masing-masing sempena upacara Konvokesyen ke-55 USM yang bermula hari ini. – BERNAMA


Malaysia bankrap? Sudah-sudahlah pembangkang menipu - Najib Razak

Kemampuan kerajaan pu­sat pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada rak­yat jelas memadamkan tomahan pembangkang kononnya Malaysia telah bankrap.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berdasarkan Bajet 2018 yang dibentangkan pada Jumaat lalu, pelbagai bentuk bantuan diperkenalkan terma­suk kenaikan beberapa elaun khusus untuk warga emas dan juga orang kurang upaya (OKU) sekali gus bukti kewangan kerajaan masih mampu memenuhi keperluan rakyat.


Kemampuan kerajaan itu membuatkan Najib mempertikaikan tuduhan pembangkang kononnya negara ini telah bankrap.

“Rakyat perlu, BN bantu, sebab kita mampu. Malaysia bankrap? Sudah-sudahlah pembangkang menipu,” kata Perdana Menteri menerusi status terbaharunya di akaun Facebook beliau hari ini.

Semasa pembentangan Bajet 2018 pada Jumaat lalu, beberapa bentuk bantuan dan kemudahan terus dikekal dan ditambahkan kepada rakyat termasuklah setiap anak Malaysia yang lahir antara 1 Januari 2018 sehingga 2022 dihadiahkan dana tabungan permulaan sebanyak RM200 yang dinamakan sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) dan elaun warga emas dinaikkan kepada RM350 sebulan.

Selain itu, elaun kepada OKU yang bekerja, tidak be­kerja atau menjaga OKU dinaik­kan RM50 sebulan dan peruntukan RM500 juta iaitu paling tinggi pernah diberikan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan khususnya bumiputera.

Meskipun memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan, lebihan perbelanjaan kerajaan dijangka terus berkurangan kepada 2.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2018, berban­ding tiga peratus untuk 2017.

Najib juga dalam status Facebook berasingan berkata, BN juga menghargai sumbangan penjawat awam sebagai nadi perkhidmatan kerajaan.

Di dalam Bajet 2018, beberapa insentif turut diumumkan untuk kakitangan awam antaranya meningkatkan kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan dan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah.

Selain itu ialah bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam manakala pesara kerajaan menerima bayaran khas sebanyak RM750.

“Bukan macam pembangkang siang malam sibuk kata nak buang penjawat awam, BN tahu dan hargai sumbangan anda untuk negara,” kata Najib. UTUSAN




Teh Yee Cheu tidak lagi sealiran dengan pemimpin DAP, Bakal Keluar Parti ?

PULAU PINANG 29 Okt. - Kecewa dengan sikap degil Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung pembangunan di lereng bukit, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu meluahkan hasrat meninggalkan parti tersebut.



Malah, Yee Cheu turut berte­rus-terang beliau tidak lagi sea­liran dengan kepemimpinan DAP yang disifatkannya tidak menunjukkan sebarang perubahan.


"Sudah sampai masanya untuk saya membuat keputusan ini (meninggalkan DAP). Sebelum ini saya pernah suarakan hasrat sama pada Jun lalu. Saya yakin parti juga mengetahui mengenai perkara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yee Cheu sebelum ini melahirkan rasa kecewa dan mengkritik Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung tragedi tanah runtuh di tapak projek di Tanjung Bungah yang mengorbankan 11 nyawa pada 21 Oktober lalu.

Beliau selaku wa­kil rakyat kawasan itu sudah beberapa kali menyatakan bantahan terhadap projek di tepi lereng bukit itu, namun tidak diendahkan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang tetap memberi keistimewaan kepada pemaju.

Yee Cheu sebelum ini juga dikenali sebagai ADUN DAP berhaluan kiri kerana sering mengkritik kepemimpinan Kerajaan DAP Pulau Pinang termasuk beberapa kali mengusulkan di sidang DUN supaya jawatan Ketua Menteri dihadkan hanya kepada dua penggal.

Dalam pada itu, ditanya hala tujunya selepas meninggalkan DAP kelak, Yee Cheu turut berte­rus-terang bahawa beliau tidak bercita-cita untuk menyertai mana-mana parti politik pembangkang dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Malah, beliau mengakui belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik lain atau terus bertan­ding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Masih terlalu awal untuk saya membuat keputu­san mengenai per­kara itu (sertai parti politik lain dan bertanding PRU-14). Lagipun saya masih perlu menghadiri sidang DUN bulan depan,” katanya.

Yee Cheu, 55, yang juga dikenali sebagai aktivis alam sekitar mula menyertai politik selepas menjalankan kerja-kerja bersama jentera parti DAP pada 1999.

Beliau mula bertanding sebagai wakil rakyat DAP pada 2004 di kerusi DUN Air Putih, namun tewas kepada calon MCA.

Bagaimanapun, pada 2008 iaitu ketika berlakunya tsunami politik dalam kalangan pengundi Cina, Yee Cheu memperoleh kemenangan besar ketika bertan­ding di kerusi DUN Tanjung Bu­ngah dan mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum 2013. UTUSAN




Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu perjelas ‘projek khas’




PULAU PINANG 29 Okt. - Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan DAP Pulau Pinang menjelaskan mengenai ‘projek khas’ yang diberi kebenaran untuk dibina di lereng bukit berketinggian 76 meter dan berkecerunan 25 darjah.



Presidennya, S.M. Mohamad Idris (gambar) berkata, pihaknya turut khuatir sekiranya kerajaan negeri akan menggunakan alasan ‘projek khas’ itu untuk memberi kebenaran merancang kepada pelbagai projek pembangunan lain di kawasan lereng bukit.


Ini kerana, katanya, kerajaan negeri sehingga kini masih belum menjelaskan kriteria projek khas yang dimaksudkan itu sekali gus menimbulkan keraguan kepada banyak pihak.

“Kita tidak tahu apa yang dimaksudkan de­ngan projek khas itu sehingga boleh dibangunkan di lereng bukit yang sepatutnya tidak mendapat kelulusan merancang daripada kerajaan negeri.

“Bagaimanapun, kami beranggapan projek khas hanya boleh dilaksanakan untuk pembangunan milik kerajaan yang betul-betul mustahak, bukannya perumahan penduduk dan pelancongan yang seolah-olah menguntungkan pemaju swasta,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan negeri supaya mengkaji semula projek pembangunan di lereng bukit selain menangguhkan projek-projek yang masih dalam perancangan bagi memastikan tragedi tanah runtuh tidak berulang.

Diminta mengulas berhubung pembangunan empat buah bangunan di Paya Terubong yang dibantah 700 penduduknya baru-baru ini, beliau turut melahirkan kebimbangan kerana jarak antara projek tersebut dengan dua taman perumahan di situ terlalu hampir.

“Kerajaan negeri sepatutnya mengambil iktibar daripada tragedi tanah runtuh yang telah beberapa kali berlaku setiap kali hujan lebat dan paling membimbangkan kejadian yang menyebabkan 11 pekerja buruh maut di Tanjung Bungah baru-baru ini,” jelasnya. UTUSAN




Sunday, 29 October 2017

Pemandu Grab dan Uber boikot pelajar universiti 'banyak songeh'

Luahan seorang pemandu yang rancak dikongsi di laman sosial. 

Mansuh 2 tol Lebuhraya Persekutuan disambut meriah rakyat Selangor


Penutupan kedua-dua plaza tol di Lebuhraya Persekutuan adalah berita yang amat mengejutkan namun tetap disambut gembira oleh rakyat Selangor.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Tan Sri Noh Omar berkata, Bajet 2018 yang dibentangkan di Parlimen semalam, adalah buah tangan dan hadiah bermakna Kerajaan Persekutuan BN kepada rakyat Selangor terutamanya penduduk di sekitar Shah Alam dan Klang.

“Penutupan kedua-dua tol ini pada tahun hadapan merupakan satu kejutan yang dilakukan kerajaan pusat. Ini bermakna Perdana Menteri kita masih lagi prihatin dengan nasib rakyat Selangor walaupun negeri ini diperintah pembangkang.

“Apabila diumumkan kedua-dua tol di Selangor ini dimansuhkan, ianya bukan saja boleh meringankan beban rakyat membayar tol, malah boleh juga memberikan laluan di Lebuhraya Persekutuan ini lebih lancar,” katanya ketika ditemui media di Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam, pada Sabtu.

Noh bersama kira-kira 500 penyokong BN Selangor serta masyarakat tempatan telah berhimpun secara aman di plaza tol berkenaan.

Perhimpunan itu adalah simbolik bagi menyatakan penghargaan terima kasih mereka terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan dalam Bajet 2018 semalam untuk memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam dan Plaza Tol Sungai Rasau, Klang yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2018.

Dalam masa yang sama Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu turut membidas kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin dalam kenyataannya menganggap bajet 2018 yang dibentang oleh Najib merupakan bajet tiruan daripada bajet negeri itu.

“Apa yang lebihnya Selangor? Apa sumbangan kerajaan Selangor kepada rakyat? Dalam hampir 10 tahun memerintah tak dapat pun mereka nak mansuhkan tol-tol ini, kata ada duit yang banyak kenapa tak lakukannya.

“Tapi hari ini, BN juga yang mansuhkannya, BN juga akhirnya tolong rakyat Selangor ini, jadi jangan banggalah Azmin kononnya ini hasil usaha dan desakan pihak dia.

“Saya ucapkan terima kasihlah kepada BN khususnya UMNO Selangor yang telah lama menperjuangkan isu ini untuk rakyat Selangor dan akhirnya Perdana Menteri mendengar keluhan dan keresahan ini,” tegasnya.

Menurutnya lagi, Azmin patut menyedari selama ini tiada satu pun infrastruktur yang dibangunkan oleh kerajaan negeri pimpinannya boleh dibanggakan oleh rakyat Selangor.

“Kita kena ingat, pembangunan infrastruktur di Selangor ini semuanya daripada kerajaan Persekutuan.

“Kita buat KLIA contohnya, ada dua kita buat di Selangor, begitu juga dengan lebuhraya, MRT dan sebagainya, Kerajaan persekutuan yang buat.

“Jadi, tidak ada perkara yang boleh dibanggakan oleh Azmin yang kononnya kita tiru daripada Selangor. Sebab itu saya cakap dia Menteri Besar cap ayam,” selar Noh lagi.

Kutipan tol di kedua-dua plaza tol berkenaan telah beroperasi hampir tiga dekad lamanya.

Hayat Parti Amanah Negara PAN dijangka gagal bertahan lama lepas PRU14 - penganalisis

Penganalisis politik menjangkakan hayat Amanah tidak akan bertahan lama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), melainkan rakan komponen dalam Pakatan Harapan (PH) memberi laluan kepada mereka.

Ini kerana menurut Datuk Aidit Ghazali, Amanah hanya berguna kepada PH bersabit isu-isu agenda Islam sahaja, sedangkan pakatan itu tidak meletakkan perkara berkenaan sebagai yang utama.

"Saya lihat lepas PRU14, Amanah tidak akan ada tempat (dalam PH) melainkan kalau diberi (tempat) oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.

"Sekiranya isu-isu bersabit dengan Islam merupakan isu yang hangat, maka barulah ada relevannya kata-kata Amanah. Tapi kalau isu lain, kita akan lihat pemimpin Amanah akan terpinga-pinga," katanya dalam satu temubual bersama Antarapos.

Aidit berkata masyarakat jangan lupa bagaimana Amanah ditubuhkan sebelum mengumumkan impian mahu menggantikan parti leluhurnya, PAS.

Beliau berkata umum mengetahui majoriti pemimpin Amanah kini adalah mereka yang kecundang pada pemilihan parti ketika Muktamar PAS kali ke-61, pada September 2015

Perwakilan PAS ketika itu bangkit menolak kelompok itu selepas mereka didedahkan tidak lagi menyokong kepimpinan parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Malah selepas keluar dan membentuk Amanah, kebanyakan mereka menjangkakan PAS akan kembali menjadi parti konservatif sementelah diwakili golongan ulama semata.

"Pemimpin Amanah yang ada ni suatu ketika dahulu dalam PAS adalah mereka yang lantang, sehinggakan apabila mereka tak ada dalam PAS seolah-olah PAS kehilangan suara profesional.

"Golongan profesional ini kalau nak jadi aset kepada pakatan pembangkang maka mereka boleh menyuarakan sesuatu yang tak mampu disuarakan PKR, PPBM, DAP kerana tak bawa agenda Islam. Yang dilihat sebagai memakai topi Islam tapi bukan agenda Islam ialah Amanah," katanya. 

Justeru, Aidit berkata cita-cita Amanah mahu menjadi pengganti PAS agak sukar dicapai berikutan hingga kini tiada pencapaian yang boleh dibanggakan parti pimpinan Mohamad Sabu itu.

Berlainan dengan PAS, parti itu semakin bijak menyesuaikan diri dan lebih matang mengatur halatuju politiknya, kata Aidit.

Mohon sendiri amah jimat separuh kos - Zahid Hamidi

 Permohonan menggaji pembantu rumah asing secara langsung dari 9 negara sumber tanpa melalui ejen dapat menjimatkan 50% kos proses tersebut pada masa ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga menteri dalam negeri berkata sebelum ini, majikan terpaksa menanggung kos keseluruhan membawa masuk pembantu rumah berjumlah di antara RM12,000 hingga RM18,000.
“Ada kalangan pekerja asing ini bertukar 3 atau 4 majikan setahun, menyebabkan setiap kali (majikan) mengambil pembantu rumah asing mereka terpaksa membayar hingga RM80,000 setahun sedangkan pendapatan tidak sampai ke peringkat itu,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Projek Pecah Tanah Pembinaan Jambatan Bagan Datuk ke Kampung Sejagop daerah Perak Tengah hari ini.
Semasa membentang Bajet 2018 di Dewan Rakyat semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan majikan boleh memohon pembantu rumah daripada Jabatan Imigresen secara dalam talian dengan bayaran levi dan fi pemprosesan seperti kadar sedia ada.

Menjelaskan perkara itu, Zahid berkata majikan boleh terlebih dahulu memohon pas lawatan sosial bagi pekerja yang boleh digunakan dalam tempoh 30 hari secara dalam talian.
“Dalam tempoh (30 hari) itu, majikan boleh membuat permohonan dalam talian bagi mendapatkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk membolehkan mereka (warga asing) bekerja sebagai pembantu rumah,” katanya.

Sebelum ini, ketua isi rumah atau bakal majikan yang ingin menggaji pembantu rumah asing dari 9 negara termasuk Indonesia, Filipina, Myanmar, Vietnam dan Bangladesh, perlu pergi sendiri ke negara itu atau menggunakan ejen.

Ditanya mengenai keselamatan khususnya jenayah dalam pengambilan pembantu rumah asing, Zahid berkata bakal majikan tidak perlu khuatir mengenai perkara itu.

“Negara kita mempunyai sistem keselamatan yang cukup (baik) antaranya sistem biometrik, biomedik dan sistem pengimbasan keselamatan,” kata beliau.

#OpsLalang Bela Dr M ibarat bela Hitler, kata Suaram

Penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Kua Kia Soong mengutuk tindakan beberapa ahli politik Pakatan Harapan (PH) yang membela bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad daripada sebarang kesalahan terhadap Operasi Lalang yang berlaku pada 1987.

Beliau berkata kesediaan mereka melupakan siapa yang menjadi dalang di sebalik penangkapan lebih 100 rakyat Malaysia di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 27 Oktober tahun itu, ibarat membela Adolph Hitler yang mencetuskan Perang Dunia Kedua.

“Ia seperti mengatakan Hitler tidak ada kena mengena dengan peperangan itu dan ia tercetus kerana fasisme dan oleh itu, Hitler tidak perlu meminta maaf,” katanya dalam majlis memperingati ulang tahun ke-30 Operasi Lalang yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini.

Dr Mahathir yang kini pengerusi Pakatan Harapan, mendakwa Ops Lalang adalah keputusan polis dan beliau membantah operasi tersebut sewaktu memegang jawatan sebagai menteri dalam negeri pada masa itu.

Kua bagaimanapun sekali lagi menuntut Dr Mahathir memohon maaf kerana menjadi dalang di sebalik Operasi Lalang, terutama selepas beliau kini bersama pembangkang.
“Jika Dr Mahathir adalah pemimpin aktif dalam Umno, kami tidak mengharapkan dia memohon maaf.

“Tetapi jika pilihan raya umum akan datang adalah pertempuran antara gabungan pembangkang dan Barisan Nasional (BN), dan Dr Mahathir memimpin PH, maka dia harus membuktikan dia seorang demokrat yang dilahirkan semula. Jika tidak, mengapa kita harus mengundi PH?”
Kua juga mempersoalkan mengapa begitu sukar Dr Mahathir memohon maaf.

“Kami tidak meminta ganti rugi walaupun saya yakin Dr Mahathir mempunyai banyak wang,” katanya. “Hanya minta maaf. Adakah begitu sukar?”
Operasi Lalang dijalankan untuk mengelak berlakunya rusuhan kaum di negara ini.
Operasi itu menyaksikan penahanan lebih 100 orang termasuk aktivis, ahli politik pembangkang, intelektual, pelajar, artis, saintis dan lain-lain yang ditahan tanpa perbicaraan di bawah ISA. Ia merupakan serangan ISA ke-2 terbesar dalam sejarah Malaysia sejak rusuhan 13 Mei.

Tindakan keras itu berlaku ketika Umno berpecah menjadi 2 kumpulan yang bertentangan. Satu kumpulan diketuai Dr Mahathir dan satu lagi diketuai Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam.

Antara tahanan ISA yang terkenal ialah Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang, Timbalan Pengerusi DAP Karpal Singh, Naib Presiden MCA Chan Kit Chee, Ketua Pemuda PAS Halim Arshat, Ahli Parlimen Umno Pasir Mas Ibrahim Ali dan Exco Biro Pendidikan Pemuda Umno Mohamed Fahmi Ibrahim.

Selain Kua, yang menjawat jawatan ketua publisiti Jawatankuasa Hak Sivil pada masa itu, turut ditahan ialah Pengerusi Dong Jiao Zong (Persatuan Pendidikan Cina) Lim Fong Seng dan ahli Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Irene Xavier. FMT

Barisan Nasional Yakin #Bajet2018 ’ akan sumbang kemenangan besar

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yakin “belanjawan pilihan raya” yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam akan membawa mereka kepada kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menteri yang bertanggungjawab ke atas Unit Perancang Ekonomi, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, Bajet 2018 mencerminkan kedudukan BN sebagai pemerintah yang lebih baik dan mengakui bajet mempunyai ‘insentif’ pilihan raya bagi rakyat, lapor The Sun.
“BN kini berharap untuk (kemenangan dalam) PRU14 kerana peruntukan bajet meliputi semua segmen masyarakat,” kata beliau.

Walau bagaimanapun, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein bercanggah dengan tanggapan Rahman sambil mengatakan Bajet 2018 bukanlah belanjawan pilihan raya.
“Bajet ini tidak dilakukan untuk menggembirakan rakyat atau membeli undi, tapi memberi rakyat apa yang mereka perlukan,” kata beliau.

Menteri Kesihatan dan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam menyifatkannya sebagai bajet “fenomenal” untuk masyarakat India.

Beliau berkata, peningkatan kuota tujuh peratus bagi kaum India di universiti awam dan perkhidmatan awam adalah langkah yang telah lama diharapkan oleh masyarakat.
“Kami telah bercakap mengenai setiap tahun di mesyuarat agung tahunan MIC. Ia akhirnya berlaku,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini adalah “bajet terbaik setakat ini.”
Beliau berkata, kerajaan terus realistik dalam menentukan dasar ekonomi negara dengan memastikan semua komitmen yang dibuat akan dipenuhi.
“Saya juga berterima kasih kepada 3 lagi mahkamah khas untuk jenayah seksual kanak-kanak yang akan ditubuhkan,” katanya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata belanjawan itu benar-benar menangani kerisauan rakyat.
Mengambil kira pengecualian tol Batu Tiga dan Sg Rasau di Selangor, kata beliau, perkara itu sudah lama disuarakan.

“Kedua-dua tol itu bukan sahaja menimbulkan masalah kepada rakyat secara kewangan tetapi juga menyebabkan kesesakan di lebuh raya persekutuan. Kerajaan telah memahami perkara ini dan kini menunaikannya,” kata beliau.

#Bajet2018 MTUC puji langkah berani Putrajaya perkasa wanita

 Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memuji Putrajaya kerana mengambil tindakan “berani” menerusi Bajet 2018, yang tidak pernah berlaku sebelum ini, bagi membantu pekerja-pekerja wanita daripada dipinggirkan dalam pasaran kerja.

Setiausaha Agungnya J. Solomon berkata keperluan untuk semua syarikat berkaitan kerajaan, termasuk syarikat pelaburan, mempunyai sekurang-kurangnya 30% penyertaan wanita dalam lembaga pengarah menjelang akhir tahun 2018, adalah selaras dengan cadangan-cadangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

“Kami mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana mengambil langkah ini dalam menangani wanita yang dipinggirkan selama ini,” kata beliau.
“Kami juga mengalu-alukan cadangan kerajaan bahawa wajar menjadi mandatori bagi sektor swasta untuk menambah cuti bersalin dari 60 hari hingga 90 hari,” katanya.
Beliau berkata, MTUC berharap sektor swasta akan mengambil petunjuk dan menjadikannya sebagai dasar mereka.

Solomon berkata keperluan mandatori hanya boleh dilaksanakan di firma swasta melalui proses perundangan.

“Ia juga perkembangan menggalakkan kerana kerajaan mengambil langkah berani bagi memudahkan wanita yang mengandung lima bulan dan ke atas pulang ke rumah awal,” katanya.
Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas dibenar pulang awal sejam, manakala suami yang bekerja kerajaan juga dibenar pulang awal sejam.

Solomon juga berkata, arahan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan kemudahan penjagaan kanak-kanak disediakan di semua bangunan pejabat baharu, bermula dengan Kuala Lumpur, diharap dapat memotivasi majikan untuk turut melaksanakan “kewajipan moral” terhadap pekerja mereka.
Beliau menambah, peruntukan RM27 bilion untuk penjagaan kesihatan adalah menggalakkan kerana orang ramai boleh menggunakan hospital kerajaan dan bukannya menghabiskan banyak wang di hospital swasta.

Dalam ucapannya semasa membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga mengumumkan pengecualian cukai pendapatan peribadi untuk menggalakkan wanita kembali sebagai tenaga kerja selepas berehat sementara sekurang-kurangnya 2 tahun, berdasarkan perolehan mereka sehingga maksimum 12 bulan gaji berturut-turut diterima.
Beliau berkata insentif itu akan disediakan untuk wanita yang kembali sebagai tenaga kerja antara tahun taksiran dari tahun 2018 hingga 2020.

Najib, yang juga menteri kewangan berkata, kerajaan akan menetapkan 2018 sebagai “Tahun Pemberdayaan Wanita” sebagai pengiktirafan kepada sumbangan wanita.

Bajet 2018 Bukti P. Pinang Tidak Dianaktirikan


Saturday, 28 October 2017

Negeri diteraju pembangkang bukan 'anak tiri' kerajaan

Friday, 27 October 2017

INTI PATI EKONOMI BAJET 2018

♦INTI PATI EKONOMI BAJET 2018

INI ialah inti pati Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bertemakan 'Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50, di Dewan Rakyat, hari ini.

Jumlah peruntukan bajet sebanyak RM280.25 bilion, meningkat daripada RM260.8 bilion pada 2017, dengan RM234.25 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM26.34 bilion, sektor sosial (RM11.72 bilion), keselamatan (RM5.22 bilion) dan sektor pentadbiran am (RM2.72 bilion).

Defisit fiskal dijangka terus mengecil kepada 2.8 peratus pada 2018 daripada 3 peratus pada 2017.

Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan pada 2018 dijangka meningkat kepada RM239.86 bilion pada 2018 atau daripada RM219.7 bilion pada 2017.

Jumlah pelaburan dijangka meningkat sebanyak 6.7 peratus atau menyumbang 25.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2018.

Pelaburan swasta dijangka dijangka meningkat kepada RM260 bilion pada 2018 daripada RM230 bilion pada 2017.

*Hasil Kerajaan Persekutuan 2018 dijangka mencecah RM239.86 bilion.

*Peruntukan sebanyak RM200 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), menjadikan jumlah pembiayaan keseluruhan AIM mencecah RM2.7 bilion yang memanfaatkan hampir 400,000 peminjam.

*Peruntukan RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan.

*Tahun 2020 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah antaranya kepada APEC, WCIT dan CHOGM.

*RM2 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pelancongan PKS sebagai pinjaman kepada pengusaha pelancongan dengan memberi insentif subsidi kadar faedah dua peratus.

*Menambah RM1 bilion kepada Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan sebagai pinjaman mudah.

*Peruntukan RM30 juta disediakan kepada Malaysian Healthcare Travel Council untuk melaksanakan beberapa perkara termasuk mempromosi Malaysia sebagai Hab Rawatan Kesuburan, termasuk IVF dan Kardiologi Asia dan memperkenalkan program Flagship Medical Tourism Hospital.

*Pembinaan projek East Coast Rail Link (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan bermula Januari 2018.

*Mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027.

*Pulau Pangkor, Perak diisytiharkan Pulau Bebas Cukai, tetapi tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor.

*Membangunkan Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam untuk merancakkan ekonomi di bahagian Utara.

*Peruntukan RM1 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi.

*RM45 juta peruntukan untuk mewujudkan satu sistem kawalan biometrik bagi memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres.

*Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

*Pembinaan baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan Terbang Kota Bharu dan Sandakan.

*Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) diperkenalkan dengan memberi Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham PNB kepada anak Malaysia yang lahir mulai 1 Jan 2018 sehingga 2022.

*Sebanyak RM250 juta diperuntukkan untuk pendidikan generasi TN50, termasuk menubuhkan pusat Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dan Matematik (STEM), mempertingkatkan modul Computer Science termasuk program Coding dan menaik taraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad ke-21.

*Peruntukan RM2.2 bilion bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.

*Membina 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara dengan kos RM112 juta.

*Peruntukan RM61.6 bilion disediakan untuk sektor pendidikan termasuk RM654 juta bagi membina empat pra sekolah, sembilan pusat PERMATA termasuk dua pusat baharu untuk kanak-kanak autisme, 48 sekolah rendah, menengah dan kolej vokasional serta sebuah pusat matrikulasi.

*Pelanjutan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2018.

*Peruntukan RM4.9 bilion untuk melaksanakan Pelan Induk TVET Malaysia.

*Peruntukan RM6.5 bilion untuk penyediaan infrastruktur asas terutama di luar bandar.

*Peruntukan RM1 bilion melalui SKMM bagi membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.

*Peruntukan RM300 juta untuk program NBOS termasuk pembinaan UTC baharu, Blue Ocean Entrepreneur Township dan Mobile CTC.

*Mengembalikan wang ses yang telah dibayar peneroka getah yang membuat tanaman semula kelapa sawit, dari 2010 hingga 2016.

*Peruntukan RM14 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia, hampir RM9 bilion untuk Polis Diraja Malaysia dan lebih RM900 juta kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

*Peruntukan RM3 bilion untuk pembelian dan penyelenggaraan aset pertahanan.

*Peruntukan RM720 juta bagi pembinaan 11,000 ibu pejabat dan enam balai polis serta pembelian kelengkapan senjata api dan kenderaan operasi.

*Pembinaan 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM (PPA1M-PDRM).

#mediacommpenhq
 
Copyright © 2014 PenangKini.