BREAKING NEWS

Tuesday, 17 October 2017

286kg ketum dirampas ATM

ALOR SETAR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Pasukan 2 Rejimen Sempadan (2 RS) merampas 286kg daun ketum bernilai RM27,170, dipercayai untuk diseludup ke negara jiran petang semalam.
Panglima 6 Briged Brigedier Jeneral Abdul Aziz Ismail berkata rampasan itu dibuat oleh 4 anggota bersama seorang pegawai Leftenan Syafiq Mohd Safian, melihatkan 4 lelaki menaiki dua kenderaan pacuan empat roda sedang menurunkan plastik hitam ke dalam semak berhampiran Pos Batu 43 di Gubir pada 3.10 petang.
“Bagaimanapun lelaki tersebut sempat melarikan diri apabila menyedari kehadiran pasukan keselamatan kami dan meninggalkan 12 plastik hitam serta 1 guni putih berisi daun ketum,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata kesemua rampasan daun ketum itu diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut.
Menurut rekod, rampasan tersebut merupakan ke-3 terbesar dalam tempoh tidak lebih 10 hari sejak rampasan pertama dibuat.
Abdul Aziz menegaskan pasukan 2 RS sentiasa komited menangani sebarang ancaman terhadap negara termasuk yang membabitkan kegiatan penyeludupan.
 
Copyright © 2014 PenangKini.