BREAKING NEWS

Wednesday, 11 October 2017

5 Cara Mudah Mendapatkan Tidur Berkualiti

Tidur yang cukup dan berkualitiamatlah penting buat semua individu demi untuk merehatkan minda dan tubuhselepas seharian penat bekerja. Terdapat pelbagai punca yang boleh mengakibatkan seseorang itu sukar untuk melelapkan mata antaranya kerana terlalu banyak berfikir dan keletihan. kurang tidur secara berterusan juga boleh mengakibatkan seseorang itu berisiko mendapat serangan jantung, strok dan tekanan darah tinggi.

Elak Bermain “Gadget”

Sebaik-baiknya elakkan dari menggunakan telefon bimbit, komputer, bermain game setengah jam sebelum tiduradalah salah satu cara terbaik untuk menghindar daripada kesukaran untukmelelapkan mata. Hal ini kerana, cahaya yang dihasilkan oleh televisyen, komputer mahupun telefon bimbit anda dapat menurunkan hormone melatonin. Dimana cahaya atau bunyi yang dihasilkan dapat menembusi lensa mata dan telinga hingga merangsang otak untuk kembali aktif seolah sedang bekerja. Walaupun ketika itu otak dan minda sedang berehat ketika tidur.

Bersenam

Sesibuk mana pun jadual seharian anda apa kata cuba luangkanmasa untuk beriadah dan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali sehari dan 20-30minit setiap sesi. Selain membuat tubuh badan menjadi lebih segar dan cergas,dengan bersenam juga dapat membantu mengurangi stress. Malah selepas bersenam membantu anda  memperoleh tidur yang berkualiti dan mudah di malam hari.

Hindari MinumanBerkafein Sebelum Tidur 

Minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, soda dan minuman beralkohol ternyata boleh menggangu proses tidur anda. Ini kerana, kafein yang diminum mampu bertahan dalam tubuh badan seseorang sehingga lima jam. Jadi sebaiknya cuba elakkan minum minuman yang mengandungi kafein 8 jam sebelum tidur. 

Elak Makanan BeratSebelum Tidur

Tahukah anda makan secara berlebihan sebelum tidur boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur. Makan secara belerbihan sebelum tidur adalah perkara yang perlu dielakkan kerana perut yang terlalu penuh boleh mengakibatkan terganggunya proses tidur.

Mandi Air Panas

Mandi air panas sebelum tidur merupakan salah satu cara yang efektif dalam membantu proses tidur anda menjadi lebih mudah. Antara manfaat air panas adalah ia mampu mengurangi tekanan yang dialami oleh oleh otot-otot tubuh badan. Air panas juga bertindak mengimbangi suhu badan menjadi normal dan membantu menyegarkan tubuh keesokan harinya.  
 
Copyright © 2014 PenangKini.