BREAKING NEWS

Friday, 6 October 2017

Bukan Dap Jika Tidak Fitnah, Hina dan Burukkan Orang Lain




GEORGETOWN, 6 Okt – Bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila pemimpin veteran Dap Lim Kit Siang dilapor menggelar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai ‘monyet’ kerana sememangnya sifat Dap yang gemar menghina dan memburukkan orang lain, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Dr. Sr. Muhamad Farid Saad.
“Jika tidak memfitnah, jika tidak menghina dan jika tidak memburukkan orang lain maka bukan Daplah namanya,” kata beliau.
Sebelum itu, Kit Siang juga telah menggelarkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan seorang lagi pemimpin UMNO Sabah iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan sebagai ‘dua badut UMNO’ lantaran tindakan dua pemimpin UMNO tersebut yang banyak membela parti.
“Apa-apa masalah yang timbul pun mereka akan tuding jari kepada orang lain sebagai cara untuk alihkan isu walhal sebagai pemimpin mereka sepatutnya bertanggungjawab. Hanya pemimpin yang angkuh sahaja bersikap begitu,” tegasnya.
Bukan itu sahaja, katanya, Dap gagal dalam menyelesaikan masalah banjir di Pulau Pinang biarpun sudah dua penggal mentadbir dengan menyalahkan kerajaan Persekutuan sehinggakan masalah jaringan pengangkutan pun Ketua Menterinya, Guan Eng memberikan alasan tukar dulu kerajaan Persekutuan.
Terdahulu, pemimpin Dap yang lain pernah menghina penjawat awam apabila membuat dakwaan bahawa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam selain Ahli Parlimen Dap, Jeff Ooi sendiri pernah menyamakan penjawat awam dengan kucing kurap.
 
Copyright © 2014 PenangKini.