BREAKING NEWS

Thursday, 19 October 2017

Bukit Aman Siasat dakwaan RM 5 Juta Syed Saddiq


Siasatan ke atas Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengatakan beliau ditawarkan RM5 juta supaya meninggalkan parti kini diambil alih Bukit Aman.
Syed Saddiq mendedahkan perkara itu kepada pemberita hari ini selepas memberi keterangan berhubung dakwaan itu di Bukit Aman hari ini.

AWal bulan lalu, selepas beliau membuat dakwaan itu, Syed Saddiq dipanggil untuk memberi keterangan di balai polis USJ, Subang Jaya.
Awal bulan ini, Syed Saddiq mendakwa seorang penasihat kanan kepada perdana menteri menawarkan RM5 juta untuk meninggalkan PPBM, termasuk dana untuk beliau membuka sekolah debat di seluruh negara.

Dalam pendedahan itu, Syed Saddiq mendakwa beliau juga diberitahu untuk menyerang Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dan juga diminta menggambarkan parti itu bukan gerakan rakyat tetapi mengenai perjuangan peribadi.
 
Copyright © 2014 PenangKini.