BREAKING NEWS

Monday, 16 October 2017

Dah memang tak ramai orang, apa lagi mau gebang?

PENULIS agak gelihati melihat para pemimpin dan penyokong Pakatan yang seboleh-boleh cuba mengatakan perhimpunan kelepetokrasi yang mereka adakan Sabtu lepas mencapai kejayaan dan orang pun ramai datang.

Sebagai orang yang berada di tapak lokasi dari pagi sampai ke malam, kita pun tahu tu semua hanyalah pembohongan, dah memang tak ramai orang, tak ramailah, apa lagi mau gebang?  Suku padang pun tak penuh tapi gebang 25,000 orang datang, kelakarnya memang mencuit hati ini.

Apa nak ditegak lagi maruah Mahathir yang musnah, pertama kali anjur demonstrasi, gagal sama sekali?  Jangan kata keliling-keliling kawasan, padang itupun tak sampai suku yang penuh dengan orang.  Kalau ramai orang, dah banyak gambar angle atas ditayangkan Pakatan, takde pun, semua ambil gambar angle bawah saja.

Keliling padang itu banyak bangunan tinggi kan, bukan masalah pun ambik gambar angle tinggi kalau mahu, tapi takde pun.

Walaupun memang tak ramai orang datang, tapi suka nak diingatkan ini bukan sangat soal keramaian, ini soal momentum menolak kerajaan yang semakin berkurangan sejak Mahathir menjadi kepala Pakatan.  Baru saja beberapa minggu lepas kita difahamkan populariti UMNO meningkat di media sosial, ditambah pulak sekarang dengan kurangnya orang yang datang berdemo, apa maksudnya itu?

Kalau peningkatan populariti di media sosial bukan gambaran sebenar, buat demo pun tak ramai orang datang ni nak dikatakan apa pulak?

Maksudnya Pakatan memang silap bila membiarkan Mahathir mengambil alih dan demo kelepetokrasi yang diadakan Sabtu lepas adalah buktinya. Berpuluh tahun Pakatan kata Mahathir kelepet harta negara bagi pada anak dan kroninya, alih-alih dia nak mengetuai demonstrasi anti kelepetokrasi pula?

Nampak sangat bercanggahnya.

SUMBER 
 
Copyright © 2014 PenangKini.