BREAKING NEWS

Monday, 30 October 2017

DAP Guna Rumah Ubah Geopolitik Balik Pulau

Jumlah rumah di Kg. Terang, Balik Pulau ada 313 buah. Jumlah penduduk sekitar 600 orang.
Di kampung yang sama, Kerajaan DAP luluskan pembinaan Pangsapuri Rimbun yang ada 400 pintu. Katakan satu pintu akan duduk minimum 3 orang. Makna kata akan ada 1,200 orang bertambah sekelip mata di Kg. Terang. Itu minimum 3 orang satu pintu tu.

Projek ini telah siap dan khabarnya lebih dari 90% penerima adalah orang luar.
Keadaan ini pastinya akan beri kesan yang sangat mendalam kepada geopolitik di Kg. Terang dan Balik Pulau. Nilai-nilai luar akan menguasai nilai-nilai tempatan.

Bukan itu saja, tiada perancangan rapi oleh Kerajaan DAP akan persediaan bagi menerima pertambahan dua kali ganda penduduk di Kg. Terang. Bagaimana dengan kapasiti Masjid, tadika dan sekolah sebagai contoh. Mampukah menampung permintaan mendadak?

Sebelum ini, kawasan berkenaan bebas banjir, kini pantang hujan air naik di kawasan sekitar. Sistem perparitan tidak terurus di sana.



Ini semua masalah. Dan masalah ini jika tidak diselesaikan akan memalitkan nama YB ADUN dan YB Ahli Parlimen. Nampak bagaimana permainan mereka?

Sebelum ini Kerajaan DAP banyak beri kelulusan bina rumah-rumah mewah di sekitar Balik Pulau. Kebanyakannya kini kosong tidak berpenghuni. Orang tempatan tak mampu beli. Yang beli orang luar. Mereka beli bukan untuk tinggal tapi untuk jadikan aset. Entah berapa nama agaknya di rumah-rumah berkenaan didaftarkan sebagai pengundi.

Ini semua cabaran. Cabaran buat warga Balik Pulau mempertahankan geopolitik sedia ada.
Sebagai satu-satunya kawasan yang gagal ditawan dalam bahagian Pulau di Negeri ini, Guan Eng berulang kali menyatakan mereka akan melakukannya dalam PRU akan datang.

Sebagai anak Balik Pulau saya takkan biar cita-cita Guan Eng terlaksana. Apatah lagi bersekongkol dengan kuncu-kuncunya.

Patah SAYAP bertongkat PARUH,
Patah PARUH bertongkat SIKU,
Patah SIKU bertongkat DAGU,
Patah DAGU bertongkat KUKU!
Wassalam.

MOHD ZAIRI SAID
 
Copyright © 2014 PenangKini.