BREAKING NEWS

Friday, 27 October 2017

Gesa SPRM siasat rasuah projek perumahan Tanjung Bungah



PULAU PINANG 27 Okt. - Persatuan Anak Jati Pulau Pinang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meminta pertubuhan itu menyiasat unsur rasuah dalam kalangan kerajaan negeri berhubung projek perumahan di Tanjung Bungah di sini.

Timbalan Pegerusinya, K. Praba berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat mengabaikan perintah Jabatan Alam Sekitar yang tidak meluluskan projek itu dan tindakan itu menimbulkan keraguan.

“Kawasan itu tidak sesuai untuk projek pembangunan kerana terdapat kuari berhampiran dengannya dan kita ingin SPRM siasat sekiranya terdapat kegiatan rasuah yang menyebabkan kelulusan tersebut diberikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau bersama kira-kira lima ahli jawatankuasa persatuan itu yang membawa garis panduan pembinaan projek oleh JAS ditemui di hadapan Pejabat SPRM negeri sebelum membuat laporan berkenaan kira-kira pukul 11 pagi tadi.


Sabtu lalu, sebanyak 11 individu termasuk seorang rakyat tempatan yang juga pekerja pembinaan perumahan tersebut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh dan disahkan meninggal dunia. - UTUSAN ONLINE
 
Copyright © 2014 PenangKini.