BREAKING NEWS

Tuesday, 31 October 2017

Kerajaan masih subsidi harga minyak

Peserta dialog pasca belanjawan negara hari ini diberitahu kerajaan masih mensubsidikan harga minyak walaupun ia sepatutnya dimansuhkan pada 2014.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar berkata subsidi itu secara khusus disimpan untuk tempoh apabila harga minyak meningkat semasa penyesuaian harga mingguan.
“Walaupun kita sudah melaksanakan mekanisme penetapan harga, kerajaan mash mensubsidikan harga minyak. Kita tidak mahu rakyat terlalu terbeban. Ada tempoh apabila harga minyak naik, jadi kita subsidikan sedikit. Beberapa ratus juta ringgit sebulan.

“Saya tidak tahu adakah kita akan terus melakukan perkara itu, tetapi buat masa ini kita mensubsidikan harga minyak, walaupun tidak banyak.

“Sebelum rancangan rasionalisasi subsidi (pada 2014), kita membelanjakan RM22 bilion (setahun),” katanya menjawab soalan di dialog yang diadakan di Suruhanjaya Sekuriti hari ini.
Selain Irwan, ahli panel lain ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Axcelasia Taxand Sdn Bhd, Veeringderjeet Singh; bekas penolong setiausaha agung bagi pembangunan ekonomi PBB, Jomo Kwame Sundaram; Pengurus Besar Ekonomi dan Pasaran Modal Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Nurhisham Hussein; dan felo penyelidik kanan Institut Pengajian China di Universiti Malaysia, Cheong Kee Cheok.

Mekanisme harga minyak mingguan mula dilaksanakan pada 29 Mac tahun ini. Harga petrol dan diesel ditetapkan melalui sistem apungan terurus sejak 1 Disember 2014, berikutan pemansuhan subsidi minyak dalam usaha menaikkan ekonomi negara, dan menjimatkan AS$6 bilion setahun.
Sementara itu, Irwan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa akan mengetuai pasukan petugas untuk menyelia pelaksanaan semua langkah belanjawan.

Perdana menteri mengumumkan perkara tu pagi tadi.
Irwan, yang akan menjadi timbalan Ali, berkata pasukan itu juga akan memastikan semua badan kerajaan melaksanakan program yang dan projek yang dinyatakan dalam belanjawan negara mengikut jadual.

“Kita bukan sahaja melihat dari perspektif jadual perlaksanaan, tetapi juga kecekapan kos juga bagi memastikan rakyat mendapat lebih banyak manfaat,” tambahnya.
 
Copyright © 2014 PenangKini.