BREAKING NEWS

Thursday, 26 October 2017

Ketua Menteri Pulau Pinang Bohong - Wee Ka Siong #MCA #LawanDAP #DAP

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa bangunan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan Tunku Abdul Rahman University College (TARUC) di Tanjung Bungah, Pulau Pinang adalah hanya terdiri daripda bangunan yang rendah dan bukannya bangunan yang tinggi sehingga mencapai ketinggian 50 tingkat sebagaimana dakwaan Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Berkaitan dakwaan Gun Eng lagi yang menyatakan telah berlaku kejadian tanah runtuh sewaktu fasa pembinaan TARUC, adalah satu dakwaan tidak berasas. Dr Wee telah menafikan, tiada kejadian tanah runtuh sewaktu pembinaan TARUC, ini disebabkan juru runding atau konsultan serta kontraktor pembinaan yang terlibat dalam pembinaan TARUC telah mematuhi piawaian pembinaan dan juga garis panduan yang ketat.

Dr Wee Ka siong juga turut menambah, TARUC di Tanjung Bungah telah beroperasi lebih dari 20 tahun dan sehingga kini tidak ada satu pun lapuran atau aduan yang menyatakan bahawa terdapat tebing yang tidak stabil atau kejadian tanah runtuh di sekitar TARUC.

Selain daripad itu, Kementerian Sumber dan Alam Sekitar telah memaklumkan bahawa, pada tahun 2015 Jabatan Alam Sekitar telah menolak permohonan bagi projek pembinaan perumahan di Tanjung Bungah dengan alasan, tapak projek tersebut terlalu hampir dengan kuari. Namun Lim Guan Eng mendakwa TARUC dan juga skim perumahan yang dibina sebelum ini terletak lebih hampir dengan kuari berbanding dengan projek yang sedang dalam pembinaan sekarang.

Dr We yang juga Timbalan President MCA menjelaskan bahawa, selain daripada jarak kuari, terdapat beberapa faktor lain yang perlu diambil kira seperti lokasi sesuatu tapak yang sedang dalam pembinaan dan tahap kecerunan samada di (hulu ataupun dihiliran).

Dr Wee telah menempelak Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P.Ramasamy yang telah mendakwa cadangan tapak pembinaan sekarang ini adalah di kawasan tanah yang rata dan dalam hal ini, Ramasamy sebenarnya cuba menyembunyikan fakta bahawa kawasan disekeliling tempat ini adalah kawasan yang berbukit, ujar Dr Wee lagi.

Mengulas hal yang sama, Dr Wee memberitahu bahawa , sudah pasti kejadian tanah runtuh hanya boleh berlaku sekiranya terdapat pergerakan tanah dari tempat yang tinggi dan maksud perkataan ‘Slide’ adalah merujuk kepada keadaaan atau pergerakan yang bermula dari atas dan turun kebawah, ujarnya.

Pada hari Sabtu, 21hb Oktober 2017 lebih kurang jam 8.30 pagi telah berlaku kejadian tanah runtuh dilereng bukit di tapak pembinaan di Tanjung Bungah yang telah menyebabkan kematian seramai 11 orang pekerja di tapak pembinaan berkenaan.

Kesimpulan dari penulis, Kerajaan DAP Pulau Pinang akan cuba menafikan akan kesalahan dan kecuaian mereka dalam apa hal sekalipun meskpiun ada nyawa yang terkorban dan cuba mencipta kesalahan lain yang lazimnya akan menunding jari kepada kerajaan Barisan Nasiona (BN) sebagai punca segala masalah. Permainan politik DAP yang tidak beretika ini telah menjadi amalan mereka sejak sekian lama dan perkara ini sudah menjadi sebahagian dari SOP mereka. SUMBER
 
Copyright © 2014 PenangKini.