BREAKING NEWS

Friday, 20 October 2017

Memahami skandal rasuah Shafie Apdal dan kroni


Umum ketahui bahawa Datuk Seri Shafie Apdal kini sudah ditahan pihak SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan RM 1.5 Billion wang rakyat dari RM 7.5 Billion wang peruntukan bajet untuk pembangunan luar bandar yang diluluskan oleh PM Najib Razak untuk negeri Sabah. 


Meneliti kes ini, ramai penyokong pembangkang mempersoalkan mengapa baru sekarang Shafie Apdal dan kroni - kroni beliau disiasat. Terdapat jawapan yang mudah bagi persoalan ini. Bagi semua projek infrastruktur, selepas projek tersebut siap baru ianya akan diaudit oleh pihak kerajaan. 

Shafie Apdal merupakan Menteri KKLW dari Tahun 2009 - 2015. Oleh yang demikian pada Tahun 2016 baru audit dilakukan terhadap projek - projek yang dilakukan oleh Kementerian beliau. Jadi jika kita melihat dari segi garis masa memang apa - apa findings dari Audit tersebut akan diambil tindakan pada Tahun 2017.

Perlu diingatkan dan diberi perhatian juga bahawa bajet RM 7.5 Billion yang diberi oleh kerajaan Persekutuan adalah untuk negeri Sabah bagi membantu negeri Sabah membina infrastruktur asas untuk kemudahan rakyat. Infrastruktur ini termasuk kemudahan asas air bersih, pemparitan, jalan dan sebagainya.

Selanjutnya << KLIK SINI>>
 
Copyright © 2014 PenangKini.