BREAKING NEWS

Thursday, 5 October 2017

Oktoberfest Pulau Pinang Memperkenalkan Bir tanpa alkohol

GEORGE TOWN: Persatuan Jerman akan menghidangkan bir tanpa alkohol bersama jenis bir lain sempena sambutan Oktoberfest ke-45 yang akan diadakan selama 2 hari di Pulau Pinang minggu depan.

Pengerusi Oktoberfest Persatuan Jerman-Malaysia (MGS) Dr Wolfgang Mark hidangan bebas tanpa alkohol dimasukkan dalam sambutan kali ini kerana kebimbangan terhadap pemanduan bawah pengaruh arak dan trend semasa di Jerman.

Dr-Wolfgang-Mark (1)“Ramai orang minum dan memandu selepas acara Oktoberfest, dan kita buat keputusan untuk menghidangkan bir tanpa alkohol, supaya kita semua boleh bergembira dan tidak memandu dalam keadaan mabuk.

“Minuman seperti itu kini popular di Jerman dan rasanya sama seperti bir,” katanya pada sidang media mengumumkan sambutan Oktoberfest di Pulau Pinang tahun ini.
Dr Mark berkata acara tahun ini yang akan diadakan di laman MGS, Jalan Air Itam mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan dan polis.

Beliau berkata pihak persatuan menyedari sentimen semasa terhadap Oktoberfest, dan memberi jaminan keselamatan menjadi keutamaan mereka.
Beliau berkata seperti tahun-tahun sebelum ini, semua peserta Oktoberfest akan menjalani pemeriksaan ketat di pintu masuk oleh 10 ahli MGS.

Selain itu, 15 anggota Rela ditugaskan untuk menjaga lalu lintas dan pengawasan, dan 5 anggota polis ditempatkan ditempatkan di lapangan.

Mark menjangkakan hampir 3,000 orang menghadiri sambutan pada 13-14 Oktober ini, memandangkan keberadaan syarikat-syarikat Jerman di wilayah utara Malaysia Barat.
Beliau berkata hampir 800 warga Jerman menetap di Pulau Pinang.
 
Copyright © 2014 PenangKini.