BREAKING NEWS

Thursday, 5 October 2017

Pemergian Maznah Hamid kehilangan besar untuk negara - Najib Razak

Usahawan terkenal Datuk Dr Maznah Hamid meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada 6.00 petang.

Menurut ahli keluarganya, Maznah meninggal dunia selepas mengalami komplikasi susulan pembedahan jantung pada 28 September lepas.
Exco Wanita Umno itu dilaporkan menjalani pembedahan jantung selepas 2 saluran pada injap jantungnya tersumbat.

Suaminya Datuk Seri Shaheen Mirza Habib dan keluarga berada di sisi ketika Maznah meninggal dunia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut sempat menziarahi Maznah yang merupakan pengerusi eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd sebelum meninggal dunia.


“Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah kira-kira 10.00 malam ini,” kata Shaheen merujuk kepada kediaman itu yang beralamat di Villa Maznah, Lot 3688, Jalan Ukay 2, Off Jalan Lee Hin Neo, Ukay Heights, Ampang di sini.
Solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang esok.

Maznah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, (Karak 2), Taman Selasih selepas itu.
Beliau dimasukkan ke IJN untuk menjalani rawatan sejak 18 September lepas.
“Besar harapan kami sekeluarga supaya kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah dan doa kepada ibunda kami dan minta diampunkan dosa-dosa Allahyarham,” kata keluarga Maznah dalam kenyataan.

Najib menyifatkan kematian usahawan terkenal Maznah sebagai kehilangan besar buat negara.
‘”Allahyarham Datuk Wira Dr Maznah Hamid tokoh wanita, kehilangan besar buat kita dan juga keluarga saya. Moga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” kata perdana menteri di Twitter.

 
Copyright © 2014 PenangKini.