BREAKING NEWS

Monday, 9 October 2017

Pulau Pinang Mungkin Kehilangan Status Tapak Warisan Dunia UNESCO


Pulau Pinang mungkin akan kehilangan status Tapak Warisan Dunia Unesco akibat pembangunan yang dibuat memberi kesan negatif kepada nilai sejagat dan sifat-sifat warisan dunia yang terkumpul di sekitar George Town.Untuk rekod, Pulau Pinang merupakan  salah satu pelabuhan perdagangan paling terkemuka yang menghubungkan Timur dan Barat selama 200 tahun yang lalu.

Bandar bersejarah Tapak Warisan Dunia George Town meliputi kawasan seluas 109.38 hektar dengan sejumlah 1,715 bangunan warisan dalam zon teras dan 1,928 bangunan warisan di zon penampan.

Bangunan-bangunan ini merupakan sebahagian daripada koleksi bangunan pra-Perang Dunia II terbesar di pusat bandaraya di Asia Tenggara yang menimbulkan nilai budaya dan sejarah yang penting.

 
Copyright © 2014 PenangKini.