BREAKING NEWS

Friday, 6 October 2017

Sedia debat dengan Rafizi, Tony Pua


6 OKT: Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Eric See-To menerima cabaran Rafizi Ramli untuk berdebat, namun dengan syarat pemimpin DAP, Tony Pua perlu bersetuju untuk berdebat dengannya berhubung isu projek terowong laut di Pulau Pinang.
Menurutnya, adalah adil jika Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu bersetuju dengan cabaran yang diberikan berikutan beliau bersetuju dengan cabaran yang dibuat Naib Presiden PKR itu.
“Sebulan lalu, Rafizi mencabar saya untuk berbahas tentang isu kutipan cukai dan ekonomi, tetapi bila dia sibuk bertelagah dengan rakannnya dalam parti gabungan, saya minta dia bertanya kepada saya tentang cabaran itu pada sebulan berikutnya, iaitu sekarag.
“Sekarang saya mengingatkan Rafizi  bahawa saya terima cabaran tersebut, walaupun ini kali pertama debat secara umum dalam hidup saya tapi saya ada satu syarat.
“Sebelum Rafizi cabar saya, Tony Pua perlu berhadapan dengan umum untuk berdebat tentang isu projek terowong laut di Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi,  jika Rafizi bersetuju dengan cabaran itu, Eric meminta untuk pihak NGO nya iaitu Invoke mengaturkan tempat dan masa yang sesuai untuk mengadakan perdebatan itu.
“Ia akan jadi dua debat atau langsung tiada debat. Rafizi yang pakar segala pakar turut dialu-alukan kedatangannya untuk membantu Tony Pua dalam debat Tunnel di Pulau Pinang,” ujarnya lagi.
Sebelum ini jelas See-to pernah mencabar Pua untuk menjawab tentang projek terowong laut di Pulau Mutiara itu namun tiada sebarang respon sehingga ke hari ini.
Cabaran itu adalah berdasarkan kepada laporan bahawa projek tersebut menelan dana peruntukan daripada kerajaan negeri sebanyak RM15 billion dan banyak perkara yang diragui berkenaan projek itu.
Antara lain, Kerajaan Pulau Pinang membayar lebih daripada RM220 juta untuk membuat laporan  yang didapati 400 peratus pada skala yuran yang diwartakan.
Ia juga membenarkan hak tanah negeri berjumlah RM3 bilion untuk dijual terlebih dahulu walaupun pada mulanya pembinaan telah ditangguhkan selama bertahun-tahun.
“Kerajaan DAP Pulau Pinang tetap diam senyap selepas saya menimbulkan penemuan baru tentang projek itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
“Debat umum tentang projek ini akan kita peroleh jawapan nanti daripada DAP,” ujarnya lagi.


 
Copyright © 2014 PenangKini.