BREAKING NEWS

Thursday, 19 October 2017

Sokongan masyarakat India semakin bertambah

KEPALA BATAS - Sokongan masyarakat India terhadap BN dilihat semakin bertambah dari masa ke semasa khususnya di kawasan Kepala Batas ini.

Ketua Bahagian MIC Kepala Batas, Datuk SST Muniandy berkata, masyarakat India memberikan sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan baik di peringkat parlimen mahupun adun di kawasan ini.

"Apa yang kita lihat, sambutan dan respon yang diterima masyarakat India sememangnya bertambah dari masa ke semasa, ini merupakan hasil kerjasama yang diberikan oleh semua pihak kepimpinan BN di kawasan ini termasuk daripada pusat khidmat adun dan juga pusat khidmat parlimen disini


"Masyarakat India dilihat semakin yakin ditambah pula dengan kerja buat dan pertolongan serta bantuan yang disalurkan kepada mereka yang diberikan oleh kepimpinan BN disini dari masa ke semasa," katanya.

Katanya, terdapat sekitar 1,600 orang masyarakat India khususnya di kawasan Kampung Kovil ini.


Reezal bergambar kenangan bersama SST.Muniandy serta kepimpinan MIC Bahagian Kepala Batas ketika kunjungan hari ini.
"Kawasan Bertam ini merupakan kawasan estet suatu ketika dahulu, namun apa yang dilihat, pembangunan semakin pesat, dan ini memberikan banyak kelebihan kepada masyarakat khususnya masyarakat India di sini.

"Pembangunan berjalan sejak zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi dan sehingga kini, dengan kepimpinan Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican, dan beliau meneruskan juga apa yang dirancang oleh Tun Abdullah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Ahli Parlimen Kepala Batas sempena sambutan Hari Deepavali di rumahnya di Kampung Kovil hari ini.

Menurutnya, masalah yang dihadapi oleh kebanyak penduduk di Kampung Kovil ini terutamanya dalam soal dan isu perparitan diselesaikan dengan segera oleh pihak pusat khidmat Adun serta pusat khidmat Parlimen.

"Biarpun masalah berkaitan perparitan ini dibawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan(PBT), namun baru-baru ini gotong royong diadakan dan pihak pusat khidmat parlimen serta adun turut turun padang membantu kami bersama-sama membersihkan kawasan ini.

"Bukan itu saja, malah banyak bantuan yang diberikan oleh Ahli Parlimen khususnya terhadap pembangunan masyarakat India di kawasan ini," katanya.

Tambahnya, beliau yakin dan percaya, masyarakat India akan terus memberikan kepercayaan kepada BN dalam PRU 14 ini.

"Baru-baru ini Perdana Menteri telah memperkenalkan Malaysian Indian Blue Print yang mana mengandungi beberapa perancangan pembangunan untuk masyarakat India.

"Dengan ini secara langsung, ia akan memberikan keyakinan kepada BN dalam membela nasib dan pada masa sama membangunkan masyarakat India," katanya.

Turut serta dalam kunjungan ini adalah Adun Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin serta Adun Bertam, Datuk Shariful Azhar.
 
Copyright © 2014 PenangKini.