BREAKING NEWS

Sunday, 22 October 2017

Tanah runtuh ‘jawapan’ sikap tidak peduli




Kejadian tanah runtuh di tapak projek di Tanjung Bungah adalah ‘jawapan’ kepada sikap tidak peduli Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap segala bantahan rakyat supaya projek pembangunan di lereng bukit dihentikan kerana terlalu berisiko

Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini langsung tidak mengendahkan sebarang bantahan penduduk serta perkara dibangkitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya kesemua projek pembangunan di lereng bukit dihentikan kerana dikhiatiri mengancam nyawa penduduk

Oleh itu tegasnya, Guan Eng perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak projek di Jalan Lembah Pantai itu.

“Guan Eng tidak boleh lagi menuding jari kepada pihak lain sebaliknya mengambil tanggungjawab meletak jawatan berikutan kegagalannya mengendalikan soal keselamatan rakyat,” katanya


Mingguan Malaysia 
 
Copyright © 2014 PenangKini.