BREAKING NEWS

Monday, 23 October 2017

Tragedi Terburuk dalam sejarah tanah runtuh di Pulau Pinang

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan menyifatkan kejadian tanah runtuh itu sebagai yang terburuk dalam sejarah tanah runtuh di Pulau Pinang.
Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan negeri meluluskan projek berkenaan yang disifatkan merbahaya.
“Masalah ini telah dibangkitkan dalam Forum Pulau Pinang. Yang Berhormat Tanjung Bungah dan Persatuan Penduduk Tanjung Bungah juga bantah projek ini, jadi kenapa mereka berpura-pura tidak mendengar apa-apa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Beliau turut mendakwa kerajaan negeri tidak mengikut garis panduan pembinaan bangunan 50 tingkat di lereng bukit itu yang mensyaratkan jarak selamat pembangunan di lereng bukit ialah 200 meter.
Huan turut meminta Suruhanjaya Siasatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang akan diwujudkan, dianggotai bukan hanya wakil kerajaan negeri malah pelbagai pihak termasuk wakil kerajaan persekutuan, pertubuhan bukan kerajaan, keselamatan, alam sekitar dan sebagainya. - UTUSAN
 
Copyright © 2014 PenangKini.