BREAKING NEWS

Thursday, 30 November 2017

33 Tempat Menarik Di Pulau Pinang

GST Kekal 6 Peratus Selepas PRU14 - Timb Menteri

KUALA LUMPUR - Kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan kekal 6% selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), ujar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz.

Menurut beliau, kadar GST yang dilaksanakan sejak 1 April 2014 itu tidak akan dinaikkan, walaupun terdapat cadangan sedemikian.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi kerajaan tidak bercadang menaikkan lagi kadar GST daripada 6%, walaupun selepas PRU.

“Mungkin sesetengah pihak yang mencadangkan (kenaikan itu) atas sebab tertentu. Tetapi buat masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji mahupun menaikkannya di masa depan,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) sama ada Bank Dunia mencadangkan Malaysia menaikkan kadar GST kepada 7%.

“Saya sendiri pun tidak baca dan saya tak pasti (cadangan Bank Dunia).

“Mungkin ada cadangan, tetapi kita kekal dengan 6%,” ujar Othman.

Wajah sebenar DAP... berubah apabila ditampuk kuasan - Datuk Huan Cheng Guan

keamanan dan kemakmuran di kalangan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum, bangsa dan agama, tetapi mereka sebuah parti yang punyai matlamat untuk memecah-belahkan kaum di negara ini.

Sebelum memerintah Pulau Pinang, sekitar tahun 2008, DAP dilihat 'ok' dan neutral dalam isu politik, namun keadaan berubah setelah berjaya memegang tampuk pimpinan negeri itu sehingga menampakkan sifat sebenar parti yang semakin sombong, angkuh dan rasis.

Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Mejar Datuk Huan Cheng Guan berkata DAP yang dikenali sebagai Democratic Action Party telah lari daripada dasar yang sebenar dan seperti kehilangan arah kerana sudah kembali bersahabat dengan pemimpin yang pernah dimusuhi berpuluh tahun dahulu.

"Sebelum memerintah Pulau Pinang, mereka (DAP) tiada masalah. Tetapi lihat apa yang berlaku selepas mereka berjaya tawan Pulau Pinang? Negara akan aman tanpa DAP.

"Lihat sahaja di Pulau Pinang, dulu tiada masalah untuk meraikan perayaan yang besar, tapi kini, perayaan Thaipusam diadakan dua perbarisan yang berlainan mengikut kasta...itu menunjukkan DAP sengaja nak pecah belahkan kaum India di sana.

"Ada yang kata DAP ni Developer Action Party atau pun Damn Arrogant Party kerana sikap sombong dan angkuh mereka dan ghairah menarah bukit-bukau sehingga menyebabkan banjir lumpur yang amat teruk berlaku di Pulau Pinang," katanya yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Batu Kawan.

Beliau berkata demikian pada Program Diskusi UMNO-Online : Anda Tanya Kita Jawab bertajuk Membongkar Wajah Sebenar DAP anjuran Media UMNO Malaysia dan Jabatan Penerangan UMNO Malaysia pada Rabu.

Turut hadir ialah bekas aktivis DAP, Razali Abdul Rahman sebagai panel dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia,Tan Sri Annuar Musa bertindak sebagai moderator.

Tambah Cheng Guan, slogan Pulau Pinang iaitu 'Cleaner & Greener Penang', tak sesuai dengan apa yang dilakukan DAP pada masa kini dengan melihat apa yang sedang berlaku di negeri itu.

"DAP kini agak kuat...kenapa? Kerana mereka bijak mengalihkan isu dan perkara yang berbangkit di Pulau Pinang. Mereka berani untuk putar belit isu sehingga masyarakat Cina sendiri tidak tahu sama ada perkara itu benar atau tidak.

"DAP di Pulau Pinang, walaupun kerja tidak dilaksanakan, kerja salah tetapi mereka tetap menyalahkan orang lain dan tidak berani mengambil tanggungjawab ke atas apa yang telah mereka lakukan.

"Banyak isu di sana yang kita tahu. Jika dahulu, banjir kebiasaannya berlaku di Kelantan dan Terengganu, tetapi di sana banjir berlaku lebih teruk kerana segala bukit ditarah, pokok ditebang sehingga mengakibatkan banjir," katanya.

Katanya lagi, DAP juga tidak memikirkan masalah rakyat negeri khususnya di Pulau Pinang, negeri yang dipimpin oleh Lim Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Bayaran tempat letak kereta dinaikkan, tarik air naik tiga kali dalam setahun dan berkemungkinan akan naik lagi tahun hadapan, sewa gerai menigkat 200 peratus dan kampung Melayu hilang begitu sahaja. Ini bukti bahawa orang Melayu di Pulau Pinang dipinggirkan oleh DAP.

"Mereka juga pernah kata nak bina rumah kos rendah. Tetapi tiada. Tiada rumah mampu beli tetapi hanya rumah mampu tengok sahaja. Ini semua masalah DAP," katanya.

Ujarnya lagi, jika benar DAP merupakan parti demokratik, ketua menteri negeri itu seharusnya dipegang oleh Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow dan bukan pemimpin yang ada sekarang ini.

"Jika betul parti demokratik, sebenarnya Kon Yeow yang layak jadi Ketua Menteri. Guan Eng siapa? Dia dari Melaka. Dia kalah di Melaka kemudian dihalau ke Pulau Pinang," katanya.

Diakhir perbualannya, Cheng Guan memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah banyak membantu masyarakat Cina di negara ini khususnya bagi peruntukkan bajet yang diberikan untuk membina 10 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

"Perdana Menteri telah lakukan terbaik untuk masyarakat Cina. Saya boleh katanya beliau seorang manusia yang berjiwa besar. Walaupun dimaki, dihina di lama sosial, beliau tetap 'releks', tidak ambil tindakan kepada mereka sebab itu mereka mengambil kesempatan.

"Saya nak tanya kepada Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Apa yang mereka lakukan untuk SJKC sehingga ke hari ini? Pernah ke mereka bantu SJKC dengan duit mereka sendiri walaupun hanya RM200? Cakap pandai,duit sendiri nak bantu tak pernah keluar.

"Barisan Nasional (BN) telah banyak buat kebaikan untuk masyarakat Cina.Saya berbangga menjadi masyarakat Cina di Malaysia," katanya.-30/11/2017

Agenda Daily

Kos Rawang Bypass Lebih Murah Dari PIL 1 Pulau Pinang


JUMLAH keseluruhan bagi kos pembinaan lebuh raya tertinggi di Malaysia, jalan pintas Rawang (Rawang Bypass) dengan ketinggian 58.2 meter ternyata jauh lebih murah berbanding kos pembinaan laluan Pan Island Link 1 (PIL 1) oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang mencatat kos RM385 juta untuk setiap km.

Menurut penganalisis politik, Lim Sian See ianya ternyata bertentangan dengan dakwaan DAP yang sebelum ini mendakwa ia bakal menelan kos dua kali ganda lebih tinggi, sebaliknya projek bernilai RM628 juta ini adalah jauh lebih murah berbanding lebuh raya biasa di Pulau Pinang dan enam kali lebih murah berbanding kos pembinaan laluan Pan Island Link 1 (PIL 1).

“Jumlah kos pembinaan (jalan pintas Rawang)? RM628 juta. Lebih rendah berbanding dua kali ganda kos DAP bayar “laporan” (mendakwa) ia tidak boleh disiapkan walaupun selepas empat tahun.

“Walaupun jika anda tidak masukkan dalam akaun kos naik taraf 12 km lebuh raya itu dan hanya mengambil kira (kos) struktur baharu sejauh 9 km, kosnya adalah RM69.8 juta per km,” demikian katanya.

Mengakui bahawa terdapat kelewatan hampir dua tahun susulan perubahan reka bentuk ekoran mengambil kira keadaan ekosistem, Lim menambah, selain memendekkan masa perjalanan dan pengguna boleh menikmati pemandangan yang cantik sepanjang lebuh raya itu, lebuh raya itu juga bebas tol.

Terdahulu, Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa Pan Island Link 1 (PIL-1) sepanjang 19.5km melibatkan kos RM7.5 bilion untuk dibina.

Bagaimanapun, kenyataan itu berkata adalah tidak patut untuk membandingkan kos PIL-1 dengan projek lebuh raya lain kerana setiap projek adalah “unik”.

Terdahulu, lebuh raya tertinggi di Malaysia, jalan pintas Rawang (Rawang Bypass) dengan ketinggian 58.2 meter akhirnya dibuka secara rasmi kepada pengguna pada jam 6 pagi hari ini, dan ia dijangka memberi manfaat kepada lebih 30,000 pengguna kenderaan.



Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dipetik media sebagai berkata, pembinaan jajaran dua lorong sehala sepanjang sembilan kilometer (km) itu memendekkan perjalanan dari Serendah ke pusat bandar raya Kuala Lumpur pada waktu puncak dari dua jam kepada 30 minit.

Pertumbuhan KDNK PKS Diunjur Naik Antara 6.5-7.5 Peratus Pada 2018



Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) diunjurkan meningkat antara 6.5 peratus dan 7.5 peratus pada tahun hadapan berikutan peningkatan peruntukan bagi sektor berkenaan dalam Bajet 2018.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM22.2 bilion bagi pelaksanaan program pembangunan PKS, memperlihatkan peningkatan ketara dalam jumlah peruntukan berbanding tahun sebelum ini.

"Sokongan berterusan ini amat penting untuk membangunkan PKS melalui peruntukan kredit pembiayaan, skim jaminan modal, pinjaman mudah, skim geran dan juga memberikan pengecualian cukai untuk pasaran modal yang meliputi pelbagai aktiviti dan produk," kata beliau semasa berucap pada mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPPK) ke-23 di sini hari ini.

Bagi tahun ini, KDNK PKS dianggarkan akan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus berikutan prestasi yang baik dalam aktiviti perdagangan.

Selain itu, Najib turut mengumumkan bahawa setakat ini, sebanyak 1,997 PKS telah bersedia untuk mengeksport melalui platform Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) Malaysia.

Terdahulu, 1,500 PKS dijangka terlibat di dalam fasa pertama DFTZ, platform yang akan menjadi rangsangan kepada PKS dari segi pertumbuhan eksport serta mencipta pekerjaan.

Melalui kewujudan DFTZ yang pertama di dunia, eksport PKS dijangka dapat ditingkatkan sebanyak US$38 bilion dan menjana 60,000 pekerjaan baharu menjelang 2025.



Sementara itu, mesyuarat MPPK ke-23 akan membincangkan tiga kertas utama - Banci Ekonomi 2016: Prestasi PKS, Inisiatif Pembangunan PKS di bawah Bajet 2018 dan Penyelarasan Program Pembangunan Modal Insan. -- BERNAMA

Laporan Audit Negara Buktikan Lim Guan Eng Banyak Songlap Duit

Laporan Audit Negara menunjukkan ada banyak perkara mencurigakan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir DAP dan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.
Dalam laporan setebal 112 halaman itu, ada bukti menunjukkan ada perkara yang tidak kena yang menunjukkan Guan Eng cuba untuk menyeleweng peruntukan kerajaan negeri selepas diaudit.
Dalam ruangan rumusan, di muka surat 44, sejumlah wang RM307.45 juta telah direkodkan sebagai telah dibelanjakan daripada peruntukan sejumlah RM346.12 iaitu 88.8 peratus tetapi pihak Jabatan Audit Negara mendapati perbelanjaan sebenar adalah RM233.84 juta sahaja atau hanya 67.6 peratus sahaja.
Baki lagi RM73.61 juta pergi ke mana? Songlap masuk tabung DAP kah?
Ada juga ruangan dalam laporan audit berkenaan yang menunjukkan ada projek yang diberikan kepada kontraktor melalui lantikan terus dan tidak pun diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah di Pulau Pinang.
Siapa kontraktor yang dipilih secara terus itu? Apakah kontraktor itu orang sama yang sama dapat projek di lereng bukit hingga runtuh habis tanah di Pulau Pinang?
Di muka surat berikutnya pula, dinyatakan daripada 2,868 projek yang dirancang, sebanyak 2,761 projek atau 96.3 peratus dilaporkan telah berjaya disiapkan, tetapi semakan audit mendapati bilangan sebenar projek yang siap sepenuhnya dalam tahun lepas ialah 2,737 projek sahaja atau 95.4 peratus berbanding 2,761 projek siap yang dilaporkan.
Lagi 24 projek itu jadi projek hantukah? Apa yang terjadi kepada projek yang dikatakan siap tapi sebenarnya tidak siap itu? Pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu siasat sepenuhnya. Dua kes di mahkamah berkaitan rasuah pun Guan Eng masih belum selesaikan, datang pula misteri 24 projek hantu seperti yang disebut dalam Laporan Audit yang terbaru ini?
Di Pulau Pinang juga, peruntukan yang besar disediakan untuk Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan peruntukan RM161.59 juta tetapi dari 243 projek, ada 40 projek yang dibatalkan, jumlah terbesar berbanding projek di jabatan lain dalam kerajaan negeri DAP. Peruntukkan untuk pejabat Lim Guan Eng juga bertambah setiap tahun. Apa Guan Eng buat dengan semua duit ini?
Contoh projek yang Guan Eng songlap duit ialah laluan berbasikal yang menelan kos RM30 juta. Apabila siap, laluan yang mahal itu, sebenarnya hanya dicat di atas laluan pejalan kaki, dan menggunakan cat yang tidak berkualiti yang selepas beberapa hari ia akan tertanggal.
Sekarang ini, timbul pula dakwaan bahawa wang yuran Marathon Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang yang berjumlah RM3 juta pun DAP hendak kebas. Peserta diberi coklat yang sudah tamat tempoh, saiz baju T yang salah serta pemenang terpaksa menunggu lebih dua jam untuk menerima pingat mereka.
Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mempersoalkan kerajaan DAP supaya menjelaskan ke mana wang kutipan yuran pendaftaran tersebut disalurkan. “Yuran pendaftaran sebanyak RM80 hingga RM100, dan terdapat 35,000 peserta dan sekurang-kurangnya pihak penganjur menerima yuran enrolmen hampir RM3 juta.
“Di manakah yuran pendaftaran ini digunakan? Lagi pun, hampir semua perbelanjaan, termasuk makanan, pakaian, trofi dan pingat telah ditaja,” katanya. Duit Marathon pun Guan Eng hendak songlap. Sebelum ini kita pernah dengar kisah duit mangsa banjir pun DAP songlap. Umum hendak beri kepada 100,000 orang mangsa banjir seorang RM500 tetapi hanya beri kepada 7,000 orang sahaja. Mana lagi baki RM46.5 juta?
Duit yang dikutip untuk mangsa banjir masuk dalam tabung DAP pun dikebasnya. Kutip RM6.18 juta tetapi serah kepada mangsa banjir hanya RM5 juta sahaja. Baki lagi RM1.18 juta mereka songlap. Laporan Audit yang terbaru juga sahkan kerajaan DAP Pulau Pinang buat magik lagi. RM73.61 juta wang pembangunan entah ke mana, ada 24 projek hantu dan ada 40 projek misteri di pejabat Guan Eng.
Rakyat sudah tahu tembelang besar Guan Eng. Ada wakil rakyat DAP yang tidak mahu lagi bersekongkol dengan Guan Eng kerana malu. Ada wakil rakyat PKR bantah Guan Eng. Namun Guan Eng buat bodoh sahaja. Dia tetap anggap dia suci untuk lakukan apa sahaja, termasuklah menyeleweng duit rakyat dengan begitu rakus sekali atas tiket Ketua Menteri Pulau Pinang.
Sampai bila rakyat Pulau Pinang hendak biar DAP “rompak dan curi” duit sebegini?
Tulisan :
Beruang Biru

DAP Umpama Parti Putar Belit - Datuk Huan Cheng Guan


DAP ibarat parti putar belit dan sering meletakkan kesalahan pada orang lain kerana tidak mahu bertanggungjawab terhadap kesilapan yang mereka lakukan.

Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan, berkata banjir yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini menjadi contoh terbaik bagaimana kerajaan DAP cuba mengalihkan isu sehingga mengelirukan rakyat negeri berkenaan.

"Saya lihat DAP kuat kerana banyak perkara dan isu yang dibangkitkan, mereka berani putar belit sehingga banyak masyarakat, terutama kaun Cina tidak mengetahui isu itu adalah benar atau tidak.

"Seperti di Pulau Pinang, apa yang dilaksanakan oleh DAP dan kerja itu salah, mereka letak kesalahan pada orang lain, mereka tidak mahu mengambil tanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan.

"Sebagai contoh, tanah runtuh, banjir teruk dan bukit-bukit digondolkan sehingga ada yang mengatakan DAP ini adalah 'Developer Action Party'," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Anda Tanya, Kita Jawab: Diskusi UMNO-Online bertajuk Membongkar Wajah Sebenar DAP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Bicara santai selama sejam, disiarkan secara langsung menerusi Facebook dan YouTube itu turut menampilkan bekas aktivis DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman dan dikelolakan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Sementara itu, bekas aktivis DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman, berkata tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempolitikkan isu bantuan banjir amat tidak wajar.

"Saya masih ingat Guan Eng menangis merayu meminta bantuan daripada kerajaan Pusat mengenai banjir yang berlaku namun apa yang berlaku selepas itu, beliau hentam balik kerajaan kononnya bantuan tidak sampai.

"Guan Eng juga amat biadap kerana sebelum ini dalam satu ucapannya, beliau pernah mengatakan Pulau Pinang bebas mengadakan pesta arak kerana negeri itu bukan Taliban. Dua minggu selepas itu, berlaku tanah runtuh dan banjir besar," katanya.

Pembangkang Guna Taktik Pembunuhan Karakter - Zambry



Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak gusar atau risau dengan serangan bertali arus oleh pembangkang terhadap beliau kerana ia taktik yang sering digunakan untuk membunuh karakternya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata berkata serangan pembangkang yang bersifat peribadi itu hanya untuk menjatuhkan imej beliau dan mahu mewujudkan imej negatif dalam kalangan rakyat.

"Saya tidak risau kerana ia memang cara mereka tetapi akhirnya nanti biar rakyat yang menilai apa yang saya lakukan selaku Menteri Besar selama ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pembangkang yang kelihatan seolah-olah cemas dengan kejayaan beliau membangunkan Perak.


Menurut Zambry, rakyat juga seharusnya menilai watak sebenar ditonjolkan oleh pihak pembangkang yang sering menggunakan perkataan kesat serta memutarbelitkan fakta.

"Sebagai contoh pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, semua orang boleh lihat bagaimana mereka sering bermain dengan fakta untuk mengelirukan rakyat serta memburukkan kerajaan negeri.



"Dalam pada itu mereka maki hamun saya, gunakan perkataan macam-macam tidak kira di dalam dewan (DUN) atau pun ceramah jadi saya tidak tahu adakah ini ciri-ciri pemimpin yang rakyat mahukan sebenarnya?," katanya.



Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming baru-baru ini mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Zambry dalam ceramahnya di Kampung Simee di sini.



Pemuda UMNO Perak serta tujuh badan bukan kerajaan (NGO) kemudian membuat laporan polis supaya tindakan tegas diambil terhadap Nga.

Malaysia, India Sedia Perkukuh RCEP


Malaysia dan India sedia berperanan aktif ke arah mengukuhkan Kerjasama Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) bagi memastikan rantau Asia menjadi penggerak ekonomi terpenting dunia, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, Malaysia adalah pintu masuk India ke ASEAN dan selepas RCEP dimeterai, kedua-dua negara akan menjadi sebahagian daripada kawasan dengan hampir 50 peratus penduduk dunia.

Beliau berkata, keadaan itu dengan sendirinya menyumbang terhadap hampir 40 peratus perdagangan global.

"Justeru, kami bukan hanya akan bersedia, malah menjadi penentu untuk mengangkat Asia ke mata dunia," katanya dalam ucaptama pada Majlis Economic Times Asian Business Leaders Conclave 2017 (ABLC) di Kuala Lumpur malam tadi. 

Najib berkata, India ketika ini adalah rakan dagang ke-10 terbesar Malaysia, selain menjadi destinasi eksport ketujuh terbesar dan sumber import ke-11 terbesar negara ini.

"India adalah pelabur kedua terbesar Malaysia bernilai AS$2.31 bilion," katanya sambil menambah Malaysia antara negara yang berada di kedudukan tertinggi sebagai pelabur asing di India dan kedua terbesar dari ASEAN.

Najib berkata, lawatan Perdana Menteri India, Narendra Modi, ke negara ini pada November 2015 serta lawatan balas beliau ke India pada April lalu, berjaya membawa perubahan kualitatif dalam hubungan kedua-dua negara.

"Selepas lawatan saya tahun ini, kita bersama memperingati ulang tahun ke-60 perhubungan diplomatik India-Malaysia dan memuji ikatan persahabatan yang kuat menerusi pelbagai hubungan sejarah, budaya dan sosial," katanya.

ABLC yang berlangsung dua hari hari ini, dihadiri ramai tokoh korporat dan perniagaan Asia mewakili beberapa negara termasuk Taiwan, Sri Lanka, Bangladesh dan Kemboja.

Antara yang hadir adalah Pengerusi Kumpulan GMR, GM Rao; Ketua Pegawai Eksekutif James Law Cybertecture, James Law; Menteri Industri Bangladesh, Alhaz Amir Hossain Amu; Setiausaha Negara yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Kemboja, Ouk Prachea; Menteri Sains, Teknologi dan Penyelidikan Sri Lanka, Sushil Premajayantha serta Naib Pengerusi Syarikat Taitra, Taiwan, Dr Chuang Suo Ho.

Beberapa topik utama dibincang sepanjang sidang kemuncak itu merangkumi peluang meningkatkan perdagangan Intra-Asia, mengurangkan halangan kepada perdagangan dan pelaburan antarabangsa di rantau ini, peranan sektor kewangan dalam mencapai pertumbuhan inklusif, meningkatkan usaha kerjasama untuk pertumbuhan industri yang lebih besar di Asia serta memacu pelaburan infrastruktur global ke Asia.

Najib berkata, kedua-dua negara juga berkongsi keyakinan dalam menghadapi keputusan yang sukar seperti pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Kami memperkenalkan versi (GST) kami pada 2015, manakala India memperkenalkannya awal tahun ini.

"India dan Malaysia sudah menyertai lebih 160 negara di seluruh dunia yang melaksanakan cukai cekap, telus dan mesra perniagaan ini dan melihat manfaatnya kerana ia memberi daya tahan diperlukan untuk mengatasi kejatuhan harga minyak dan penurunan hasil (kerajaan)," katanya.

Menyentuh ancaman keganasan, Najib berkata, kedua-dua negara berkongsi pandangan akan kepentingan meningkatkan keselamatan serta menangani ancaman pengganas di rantau ini.

Anak saudara Azmin Ali ditangkap SPRM, RM4 juta dibekukan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menangkap seorang anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, atas tuduhan rasuah melibatkan projek lombong pasir.

FMT difahamkan lelaki berumur 34 tahun itu akan direman hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM.

Turut difahamkan beberapa akaun syarikat bernilai sehingga RM4 juta dibekukan.
Dua lagi ahli perniagaan berkait dengan urusan lombong pasir juga ditahan.

Najib puji masyarakat India majukan Malaysia



KUALA LUMPUR: Masyarakat India di Malaysia memainkan peranan penting dalam membangunkan negara kerana mereka sentiasa berada di barisan hadapan tadbir urus, perkhidmatan awam, sektor perniagaan, hiburan, pendidikan dan makanan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pemimpin Perniagaan Asia 2017 malam tadi, Najib berkata, tanpa masyarakat itu, Malaysia tidak akan membangun seperti hari ini, dan mereka merupakan penyebab utama bagi Malaysia dan India menjalin hubungan yang lebih rapat lagi mesra.
“Masyarakat India adalah komponen penting daripada kepelbagaian kita, budaya dan agama mereka membantu membentuk kekayaan budaya dan kemajmukan negara kita – yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama tetapi membentuk Satu Malaysia.

“Oleh kerana mengiktiraf sumbangan mereka, kita melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat India pada April tahun ini, dan saya yakin pelan sepuluh tahun itu akan memainkan peranan utama dalam memperkasakan semua kelompok masyarakat India di Malaysia,” kata Najib.
Persidangan dua hari itu, yang dianjurkan oleh The Economic Times, yang berpangkalan di India, mengumpulkan pemimpin pemikir dan kerajaan serta pemimpin perniagaan dari seluruh Asia untuk terus memperjuangkan integrasi ekonomi yang lebih mantap antara negara-negara membangun dan negara-negara terkemuka di rantau ini.

Menurut kenyataan akhbar, perbincangan daripada edisi tahun ini, akan memberi tumpuan kepada langkah-langkah yang perlu diambil oleh Asia sebagai satu unit untuk mencapai matlamat pembangunan dan bergerak ke arah bukan sahaja melengkapkan ekonomi bebas tetapi juga keunggulan dalam tatacara baharu dunia.

Sementara itu, Najib berkata India dan Malaysia mempunyai banyak persamaan kerana rakyat dari kedua-dua negara berpegang teguh tentang perlunya untuk mengekalkan keamanan serantau dan memerangi keganasan dan ekstremisme.
Selain itu, Najib juga berkata kedua-dua negara telah diiktiraf di peringkat global sebagai dua ekonomi yang bergerak seiring.

“Kami telah menunjukkan komitmen kepada forum serantau dan pelbagai hala, berdasarkan keanggotaan dalam Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Komanwel, Kumpulan 15 dan Kumpulan 77 campur China, Persatuan Negara-negara Pesisir Lautan Hindi, dan Sidang Kemuncak Asia Timur sementara melalui Asean, kita menikmati perdagangan bebas dengan India.

“Sejak bertahun-tahun, kedua-dua negara menikmati pertumbuhan yang sihat – kita baru mencatatkan pertumbuhan 6.2% Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) bagi suku ketiga tahun ini, dan Program Transformasi Ekonomi telah menyaksikan 2.26 juta peluang pekerjaan di wujudkan sejak 2010, inflasi terus rendah, dan pendapatan Negara kasar meningkat sebanyak hampir 50%,” kata beliau.
Sebelum mengakhiri ucapannya, Najib melahirkan harapan bahawa persidangan itu akan mencapai matlamatnya untuk mengukuhkan hubungan yang mantap antara Malaysia dan India serta seluruh Asia. BERNAMA

Wednesday, 29 November 2017

Guan Eng letak jawatan kalau anak jantan

UMNO Pulau Pinang Mahu Lebih Ramai Melayu Miliki Rumah

Isu Banjir, DAP Didesak Mintak Maaf Kepada Rakyat Pulau Pinang



PULAU PINANG 10 Nov. - Penang Front Party (PFP) mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang memohon maaf kepada rakyat negeri ini berikutan kejadian banjir dan tanah runtuh yang berlaku kurang dari sebulan sejak 21 Oktober lalu.

Pengerusinya, Datuk Patrick Ooi berkata, kedua-dua tragedi itu telah mengorbankan 11 individu dalam kes tanah runtuh di Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini dan 7 individu akibat banjir dan pokok tumbang baru-baru ini.

Menurutnya, cadangan pembangunan di Tanjung Bungah dibantah ramai pihak termasuk tidak diluluskan Jabatan Alam Sekitar (JAS) tetapi kerajaan negeri tetap meneruskan projek itu selain dipercayai mengabaikan peraturan pembinaan termasuk kajian tanah.

"Kita gesa kerajaan negeri terutama Ketua Menteri, Lim Guan Eng meminta maaf kepada semua rakyat Pulau Pinang kerana mereka menyusahkan kita semua, mereka perlu turun padang untuk tujuan itu.

"Kita desak mereka hentikan semua projek di lereng bukit di negeri ini, ramai sudah terkorban, adakah mereka masih pekak (abai rintihan rakyat) dengan apa yang berlaku?" katanya ketika mengadakan demonstrasi aman di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pagi tadi. - UTUSAN ONLINE



DAP ibarat parti putar belit

CEO Zakat Pulau Pinang Didakwa Pagi Ini

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zakat Pulau Pinang (ZPP) hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menerima sejumlah RM9,000 bagi kepentingan dirinya, sejak 2014.

 Tertuduh, Datuk Azman Abdul Samat, 50, mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan dikenakan di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz. Mengikut pertuduhan pertama, Azman didakwa menerima satu benda berharga iaitu cek bernilai RM5,000 dengan tiada balasan daripada seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya pada Januari 2014 di pejabat ZPP di Bandar Perda, Seberang Perai Tengah.

 Bagi pertuduhan kedua, dia yang sudah menjadi CEO selama 17 tahun di ZPP didakwa melakukan kesalahan sama dengan menerima RM4,000 daripada seorang pemilik perniagaan di pejabat yang sama, antara 28 Disember hingga 30 Disember tahun lalu. Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

 Sitarun Nisa kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tuduhan. Hakim menetapkan 29 Disember ini untuk penyerahan dokumen. Tertuduh yang memakai jaket berwarna coklat diwakili peguam Reza Rahim dan Rajivan Nambiar, manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri.-BH Online

#PAU2017 Najib Akan Palu Gendang Perang


Minggu hadapan, pada 5hb Disember , hari yang di nanti akan tiba, ia itu hari berhimpun nya ahli ahli serta “orang orang” UMNO pada persidangan Agung nya.
Persidangan yang di kira ibu kepada segala persidangan kerana ia di adakan ketika PRU14 semakin hampir.
Jika beberapa tahun lalu Presiden UMNO melaungkan slogan “No Retreat No Surrender” di hadapan musuh dalaman  parti yang kemudian nya keluar sendiri dari parti seperti Tun Mahathir dan mereka yang enggan keluar parti sehingga terpaksa di terajang keluar ia itu Tan Sri Muhyiddin , Mukhriz Mahathir dan Shafie Apdal , tahun ini lain slogan nya.
Ketua Penerangan UMNO , Tan Sri Annuar Musa beberapa hari lalu menyatakan pada himpunan UMNO kali ini ahli ahli UMNO mesti menanam mentaliti Menang , maka ia amat sesuai sekali dan tepat masa nya memandangkan PRU yang akan datang.
Presiden UMNO Datuk Seri Najib di jangka kan akan memalu gendang perang dan akan menyemarak kan  “mode” menyerang serta berperang.
Perhimpunan UMNO kali ini sangat penting atas sebab hanya tinggal UMNO sahaja parti mutlak milik orang Melayu Islam yang masih menolak LBGT, Liberalisma serta penodaan kalimah Allah.
Parti parti lain , akibat takut kehilangan undi dan takut jadi tidak popular kepada bangsa kafir telah pun sujud kepada tekanan pihak beragenda.
Orang Melayu tiada pilihan lain.
Pada kenyataan Datuk Seri Najib ketika berucap di perasmian UMNO bahagian Parit , Perak beberapa bulan lalu telah pun bertanya kepada orang Melayu , mereka ada pilihan lain kah selain UMNO?
Ada kah mereka mahu  berkongsi parti dengan orang kafir lalu terpaksa menjaga hati lalu meluluskan dan setuju sahaja akan kehendak mereka?
Orang bukan Islam selain berkongsi parti dengan orang Melayu mereka juga ada parti sendiri yang berpaksi kaum mereka.
Orang Melayu cuma ada UMNO sahaja.
PKR parti berkongsi dan akur kepada kafir DAP , PAN parti milik DAP dan Pribumi bakal  berkubur dan akur kepada DAP dan PAS masih tidak menentu.
Atas sebab itu orang Melayu Islam dalam Pakatan Harapan sujud kepada NGO LGBT serta akur kepada Pesta Arak kerana  berkongsi parti dan takut kehilangan undi.
PAU2017 kali ini ada lah terpenting kerana pihak bukan Islam mahu menawan orang Melayu Islam dengan menggunakan orang Islam yang tiada maruah sebagai alat mereka.
Maka , atas sebab ini dan beberapa sebab lain , Presiden UMNO di jangka kan akan memalu gendang perang dan membangkit kan semangat juang kental kepada ahli ahli ya.
Ia  bukan  berkenaan survival Datuk Seri Najib atau pun UMNO , ia ada lah survival orang Melayu Islam.
Bukan sahaja hal ahli bahkan orang Melayu yang ramai juga menumpang kekuatan UMNO untuk kebaikan kehidupan mereka.
Tiada pemimpin melayu dalam Pakatan Harapan yang boleh di harap jika Melayu dan Islam di apa apa kan.
Ini bukan cakap politik kosong, tapi sila lah beri tahu , jika ada , siapakah pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan yang boleh bangkit melawan Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng apabila mereka membuat keputusan yang tidak menyebelahi Melayu dan Islam.
Ini fakta. Semua pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan takut , bacul dan tidak berani melawan LKS dan LGE ketika mereka belum  berkuasa di pusat pun.
Tun Mahathir pula akibat taksub dengan agenda peribadi akan setuju apa sahaja demi mahu sokongan DAP.
Malah ketika Melayu di “Puki***” oleh Nga Kor Meng pun tiada melayu dalam PH berani menegur.
Maka jelas lah survival orang Melayu serta agama Islam yang menjadi anutan mereka amat bergantung kepada kekuatan UMNO.
Dan nyata sekali PAU2017 akan saksikan Presiden parti melayu Datuk Seri Najib memalu gendang perang dengan di iringi semangat juang mempertahan kan serangan puak kafir DAP dan barua Melayu nya.

PPBM Mungkin Tak Boleh Bertanding PRU14?



1. Tun Mahathir mengaku PPBM memang lemah dan tidak mampu mengadakan mesyuarat cawangan malah beberapa bahagian masih tidak diuruskan dengan baik.
2. 26 Bahagian PPBM sudah mulai protes pada Mahathir. 358 aduan sudah pun dibuat mengenai kegagalan PPBM. Ada disesetengah tempat mesyuarat yang dirancang bertukar jadi majlis hari jadi.
3. Jumlah ahli pun masih lagi malu hendak umumkan. Di seluruh negara, sudah banyak yang keluar dari PPBM.
4. Tun M asyik menyalahkan kerajaan BN pusat bila parti yang ditubuhnya sendiri gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan. Sepatutnya PPBM wajib mengadakan AGM selewat-lewatnya 9 September lepas mengikut Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. PPBM bakal diharamkan.
5. Mahathir tidak boleh menerima kenyataan itu bahawa PPBM bakal diharamkan. Malah Tun M mendakwa ROS bersikap berat sebelah
6. Hampir 90% perlembagaan PPBM itu tiru bulat bulat perlembagaan UMNO. Bila siap, kenapa susah sangat hendak ikut perlembagaan yang mereka tulis sendiri?
7. Buat mesyuarat majlis pimpinan tertinggi pada 6 November 2016 hanya 12 orang sahaja yang hadir daripada 30 orang. Kehadirannya lebih teruk daripada mereka yang hadir dalam pemilihan khas DAP.
8. Muhyiddin mengaku parti bunga mungkin tidak mampu mengadakan mesyuarat cawangan sebelum PRU14 seperti dikehendaki ROS sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang”.
9. Maka riuh lah berita ADUN Anak Bukit dari PAS untuk lompat masuk jadi ahli PPBM di Kedah untuk menutup kelemshannya mengurus parti ayahnya?
10. Jika PPBM dibubarkan, mereka akan menyalahkan kerajaan BN pusat sebagai pesalah. Padahal yang sebenarnya bermasalah adalah PPBM sendiri. Parti Penuh BerMasalah, PPBM.

Desas-desus 3 ADUN PKR Tinggalkan DAP Pulau Pinang


Pertelingkahan antara DAP dan PKR Penang tidak boleh disembunyikan lagi. DAP dan PKR Penang banyak menyimpan dendam sesama mereka. Pertelingkahan sengit DAP vs PKR yang disembunyikan dari pengetahuan umum sudah tidak dapat dibendung lagi. Ia bagaikan Gunung Merapi Agung yang mungkin meletus bila-bila masa saja.
Tindakan mengenepikan ADUN PKR-Kebun Bunga Cheah Kah Peng dari menguruskan program agihan bantuan atau pampasan banjir kepada penduduk DUN Kebun Bunga yang diwakilinya adalah satu penghinaan kepada PKR Pulau Pinang.
Dendam Lim Guan Eng terhadap Cheah Kah Peng sangat jelas. Sebelum ini Cheah Kah Peng pernah dikeluarkan dari Perbadanan Bukit Bendera dan digantikan dengan Anthony Loke MP DAP-Seremban yang dibawa dari DAP Negeri Sembilan.
Tindakan itu dibuat kerana Cheah Kah Peng mempertikai projek-projek tambakan laut yang dilakukan oleh kerajaan Lim Guan Eng.
Seorang lagi ADUN PKR digugurkan dari Lembaga Pengarah Penang Golf Club (dulu Bukit Jambul Golf Club) dan digantikan dengan Tony Pua, MP DAP-Petaling Jaya Utara.
PKR Penang tidak mampu berbuat apa-apa apabila tindakan itu diambil ke atas dua ADUN PKR walaupun Anwar Ibrahim Ketua UMUM Pakatan Harapan dan Wan Azizah adalah Presidennya.
PKR diwakili oleh 3 orang ADUN dalam MMK Negeri Pulau Pinang; di mana seorang daripadanya adalah TKM1. Tapi jadi TKM1 pun macam tunggul kayu buruk saja.
Aku selalu sebut kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang dan ternyata ia adalah tepat dan benar. Yang ada di Penang bukan kerajaan Pakatan Harapan; yang ada cuma Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang sahaja.
PAS bukan lagi sekutu dalam pakatan pembangkang itu manakala PAN tiada wakil dalam DUN dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Manakala PKR sudah jadi melukut di tepi gantang DAP saja.Kupang tembaga tak laku.
Desas-desus 3 ADUN PKR di atas akan tinggalkan DAP di Pulau-Pinang gara-gara Lim Guan Eng Kuku Besi, tetapi di negeri lain masih kekal seperti biasa.
Sumber: FB Azizi Safar

Lebih banyak projek infra rakyat akan dilaksanakan - PM Najib

Lebih banyak projek infra rakyat akan dilaksanakan - PM Najib
Jalan Pintas Rawang - Serendah (Rawang Bypass) sepanjang sembilan km dibuka kepada pengguna mulai 6 pagi hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata lebih banyak projek infrastruktur rakyat seperti Jalan Pintas Rawang yang dibuka kepada pengguna hari ini, akan dilaksanakan kerajaan.

"Syabas. Ini akan kurangkan masa perjalanan buat pengguna selain memelihara alam sekitar. Banyak lagi projek infra rakyat sebegini akan kita laksanakan," kata Najib menerusi catatan di akaun Twitter beliau.

Jajaran baharu sepanjang sembilan kilometer bernilai RM628 juta itu melibatkan pembinaan struktur bertiang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 58.2 meter dari aras tanah. Ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 pengguna setiap hari.

Mula dibina pada 16 Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 21 Nov lepas, infrastruktur bertunjangkan kepentingan rakyat itu dijangka mengurangkan kesesakan jalan raya dan memendekkan masa perjalanan dari Serendah ke Selayang, terutama pada waktu puncak.

--BERNAMA

PAU 2017: Tumpu kemenangan PRU14 - Tengku Adnan

PAU 2017: Tumpu kemenangan PRU14 - Tengku Adnan
PAU 2017 kali ini akan memberi penumpuan kepada usaha parti dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 kali ini akan memberi penumpuan kepada usaha parti dalam membuat persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ia sekali gus platform terbaik untuk meniup semangat perjuangan para perwakilan bagi memastikan parti menang besar pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya yakin ucapan Presiden parti juga akan tertumpu kepada PRU-14 dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai pengerusi jawatankuasa usul telah pun bertemu dengan semua pembahas supaya mereka menumpukan perhatian kepada PRU-14," katanya pada sidang media sempena persediaan PAU 2017 pada Selasa.

Dalam pada itu tegas Tengku Adnan satu sistem keselamatan akan diperkenalkan pada PAU kali ini bagi memastikan hanya perwakilan yang memiliki pas sah sahaja dibenarkan masuk ke dewan persidangan.

Katanya, pas perwakilan itu akan dilengkapi dengan cip khas bagi memudahkan mereka melalui laluan keselamatan ke dewan persidangan.

Perhimpunan Agung UMNO 2017 akan berlangsung pada 5 sehingga 9 Disember depan bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

5 cara hilangkan bau rokok dalam kereta


JIKA anda mahupun teman anda merupakan perokok tegar dan sering menghisap rokok di dalam kereta, pasti akan meninggalkan kesan bau yang kurang menyenangkan.
 
Walaupun telah menggunakan pelbagai jenis pewangi dan penyegar udara, bau rokok tersebut pasti akan kekal pada fabrik tempat duduk kereta.
 
Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai petua yang boleh diguna pakai untuk menghilangkan bau tersebut?
 
Berikut kami kongsikan 5 benda yang boleh membantu menghilangkan masalah bau yang tidak menyenangkan terutamanya bau rokok:
 
1. Serbuk Kopi
Letakkan semangkuk serbuk kopi di dalam kereta lalu biarkan semalaman dengan tingkap bertutup. Serbuk kopi tersebut akan menyerap bau asap rokok. Ulang dan gantikan serbuk kopi ini beberapa kali sehingga bau betul-betul hilang.
 
2. Cuka
Tuangkan cuka ke dalam sebuah gelas atau mangkuk dan letakkan di bahagian tengah kereta. Biarkan semalaman dan cuka akan menghilangkan bau asap rokok dalam kereta anda. Jika ingin dapatkan bau yang lebih segar, perahkan sedikit lemon dan larutkan bersama cuka tersebut.
 
3. Kayu Manis
Jika anda ingin menggantikan bau busuk dengan bau yang lebih manis, cubalah gunakan kulit kayu manis. Rebus dua hingga tiga batang kulit kayu manis dan tuangkan air rebusan ke dalam satu cawan. Kemudian, letakkan cawan berisi air rebusan itu di dalam kereta dengan tingkap bertutup sehingga suhu airnya menurun kepada suhu bilik.
 
4. Kulit Buah-Buahan Sitrus
Jika anda suka akan bau sitrus, anda boleh kitar semula kulit buah-buahan tersebut. Kupas kulit buah oren, lemon, limau nipis atau apa sahaja buah sitrus kegemaran anda dan kumpulkan kulit tersebut dalam cawan. Tinggalkan cawan berisi kulit sitrus ini di dalam kereta untuk menyerap segala bau-bauan kurang enak. Pasti kereta akan berbau harum keesokan harinya.
 
5. Arang
Sekiranya anda mahukan bau yang neutral, gunakan ketulan arang. Simpan satu beg kecil berisi arang di bahagian belakang tempat letak kaki dan arang akan bertindak sebagai ejen penyerap bau. Percayalah, bau yang yang busuk tersebut akan hilang serta merta.
Sumber : Iluminasi.com
Olahan : Izzat Ridzwan

UMNO, BN berjaya realisasikan kebangkitan pendidikan bangsa Melayu - Tengku Adnan

UMNO, BN berjaya realisasikan kebangkitan pendidikan bangsa Melayu - Tengku Adnan
Tengku Adnan berucap pada Majlis Pelancaran Logo Pertubuhan Alumni pada Anugerah Nadi Negara 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 25 Nov. --fotoBERNAMA / Fail
PUTRAJAYA: UMNO dan Barisan Nasional telah berjaya merealisasikan kebangkitan bangsa Melayu yang dahulunya mundur dalam pendidikan akibat kemiskinan tegar, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata perkara itulah yang ingin disampaikannya ketika berucap pada majlis Anugerah Nadi Negara 2017 di Kuala Lumpur Sabtu lalu yang disampaikan tanpa teks yang mungkin tidak kemas penyampaiannya.

"Jika ada kesilapan teknikal dari segi ucapan yang tidak disengajakan (oleh saya), itu adalah kelemahan yang ada pada semua manusia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengecam kenyataan Tengku Adnan yang menyifatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai tempat mereka yang kurang cemerlang dalam pelajaran.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, menjelaskan sebelum peristiwa 13 Mei 1969, keadaan orang Melayu pada masa itu sememangnya amat mundur dan akibatnya pelajar Melayu luar bandar khususnya terkebelakang dalam pelajaran.

"Ini kerana sekolah luar bandar banyak kekurangan dan ramai di antara mereka tidak dapat masuk universiti.

"Oleh itu, pada awal tahun 70-an syarat masuk universiti diturunkan kepada sekadar dua prinsipal dan satu sub untuk layak memasuki universiti menggunakan kuota Hak Keistimewaan Melayu di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB)," katanya.

Mengenai peranan UiTM atau dahulunya dikenali Institut Teknologi Mara (ITM) yang ditubuhkan UMNO, katanya institut itu telah memberi peluang kedua kepada ramai pelajar Melayu untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

"Ramai pelajar Melayu yang tercicir di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan melalui peluang yang diberikan kerajaan, pelajar yang mendapat Gred 3 pun tetap diterima masuk ke ITM.

"Apabila mereka ini diberi peluang dengan kemudahan pembelajaran yang serba cukup, cuba lihat sekarang berapa ramai pelajar yang berjaya hingga mendapat ijazah doktor falsafah dan juga peringkat profesional lain.

"Tiada niat memperkecilkan sesiapa... dan saya minta supaya kita sedar apa kerajaan telah lakukan untuk kita dan ini semua akan hilang jika kita tak bersama menyokong kerajaan," katanya.

--BERNAMA

PRU: Serah kepada rakyat, jangan racuni fikiran mereka - TPM

PRU: Serah kepada rakyat, jangan racuni fikiran mereka - TPM
Ahmad Zahid bersalaman dengan Pandikar Amin pada majlis pelancaran buku 'Berpisah Tiada' di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Wakil rakyat perlu berlapang dada, berjiwa besar dan berfikiran terbuka dalam menerima sebarang keputusan pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kuasa menentukan pemimpin negara dan wakil rakyat terletak di tangan pengundi. 

Tegasnya, kempen pilihan raya perlu dilaksanakan menerusi cara yang terbaik, bukan dengan meracuni pemikiran rakyat.

"Jalinlah ukhwah dan kerjasama antara kita. Ya, kita harus jiwa besar, berlapang dada, berfikiran terbuka dan menerima hakikat bahawa kuasa rakyat adalah kuasa keramat.

"Serahkan kepada rakyat dengan kaedah kempen-kempen yang terbaik dan biar rakyat tentukan (pemimpin mereka). Jangan pernah meracuni pemikiran rakyat. 

"Kita berikan (pilihan menentukan pemimpin) kepada mereka. Yang baik kita terima dan yang buruk kita sama-sama ketepikan.

"Agar (kita dapat) mendaulatkan sebuah negara sebagaimana yang dihasratkan dalam buku Berpisah Tiada, untuk mengharmonikan kebersamaan kita sebagai sebuah negara bangsa yang majmuk dan pelbagai," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan buku 'Berpisah Tiada' hasil tulisan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Bangunan Parlimen hari ini.

Buku tersebut yang berkisar penubuhan Malaysia serta Perjanjian Malaysia 1963 turut mengimbau susur galur perjalanan kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa dengan gabungan Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Pandikar Amin dalam ucapannya mencabar mana-mana pihak yang mempersoalkan kedaulatan Sabah dan Sarawak yang menyertai Malaysia pada 1963 untuk berdebat dengannya.

"Saya tidak dapat benarkan isu Perjanjian Malaysia untuk didebatkan di Parlimen sebab saya tidak ada kuasa berbuat begitu, kerana kekangan Peraturan Mesyuarat 15, Dewan Rakyat.

"Atas sebab itu - bukan sebab angkuh, tidak - tetapi demi mencari kebenaran, sesiapa yang mahu bahas dengan saya secara terbuka mengenai sejarah penubuhan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963, namakan tempat dan masa, Pandikar akan ada di sana," katanya menutup ucapan.

Beliau turut berharap unsur negatif yang disebarkan, terutama berkaitan isu pemisahan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak, dapat diredakan menerusi penulisannya itu.

Saifuddin usah tonjol kelemahan minda sendiri - Mohd Fazil

Saifuddin usah tonjol kelemahan minda sendiri - Mohd Fazil
Kelantangan Saifuddin membangkitkan tentang isu banjir di Kulim Bandar Baharu seolah-olah menempelak dirinya semula berikutan kegagalan mereka sendiri yang gagal menghadapi situasi banjir besar sebelum ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Saifudin Nasution Ismail diingatkan supaya lebih bersikap realistik dengan menggunakan kedudukannya untuk mencari penyelesaian terhadap masalah banjir yang melanda negeri itu.

Ketua Penerangan UMNO Kulim Bandar Baharu Mohd Fazil Amir Hamzah berkata, dengan jawatan disandangnya itu, Saifuddin tidak sewajarnya menunjukkan kelemahan fikirannya dengan menggunakan politik murahan untuk mempengaruhi pengundi di Parlimen Kulim Bandar Baharu iaitu kerusi yang pernah diwakilinya satu ketika dulu.

"Kelantangan Saifuddin membangkitkan tentang isu banjir di Kulim Bandar Baharu seolah-olah menempelak dirinya semula berikutan kegagalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri yang gagal menghadapi situasi banjir besar yang melanda negeri itu tempoh hari.

"Jangan sekadar gah pada kedudukan pangkat sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri sahaja tetapi tiada apa-apa kejayaan dibawa.

"Inilah ciri-ciri orang tidak tahu bersyukur sehingga lupa siapa yang merayu dan memohon bantuan daripada kerajaan pusat ketika banjir di Pulau Pinang tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Jelasnya, sebagai Penasihat Strategik, Saifuddin harus sedar apa yang harus dilakukannya adalah untuk menasihati kerajaan negeri bagi mengelakkan kejadian banjir yang serupa berulang kembali dan bukannya asyik mencari kelemahan orang lain.

Saifuddin pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu telah jelas ditolak masyarakat di Kulim Bandar Baharu dan kini dilihat cuba menjadi hero yang tidak didendang dan diundang.

Tegas Mohd Fazil, ulasan Saifuddin mengenai situasi banjir di Pulau Pinang juga, diibaratkan sebagai meludah ke langit dan terkena muka sendiri.

"Banjir yang menjejaskan ratusan penduduk negeri itu, membuktikan kegagalan kerajaan negeri dalam merangka pembangunan negeri secara mapan.

"Selesaikan dahulu isu banjir di Pulau Pinang. Kasihan penduduk Pulau Pinang selalu ditindas dengan permainan politik mereka yang asyik menyalahkan orang.

"Jawatan Penasihat Strategik macam tiada fungsi. Kalau betul hendak berpolitik, politik secara matang bukannya politik bermusim seperti sekarang," katanya.

Sebelum ini, hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri itu juga telah meragut tujuh nyawa.

Bersihkan UMNO daripada pemimpin cari projek - Mat Taib

Bersihkan UMNO daripada pemimpin cari projek - Mat Taib
MUHAMMAD: Kalau orang berduit menjadi ketua, dia kadang-kadang tidak ada idea memimpin. -Gambar fail
SHAH ALAM: Pembersihan UMNO daripada pemimpin yang menabur wang ringgit dalam perjuangan dan demi mengekalkan kuasa menjamin kemenangan parti itu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata, ia sekali gus menjadi faktor kelahiran pembangkang yang meluat dengan sikap pemimpin sedemikian.

Jelasnya, keadaan kini jauh berbeza di mana pemimpin terdahulu berjuang demi kemajuan Melayu di bumi sendiri.

"Kalau orang berduit menjadi ketua, dia kadang-kadang tidak ada idea memimpin.

"Dia hendak menjadi ketua kerana hendak pegang jawatan itu atau menjadi ketua bahagian dan selepas itu pergi cari menteri-menteri hendak minta projek. Dia mahu jadi kaya

"Apabila dia jadi kaya, apa dia peduli lagi dengan orang di bawah ini," katanya semasa sidang media di bangunan UMNO Selangor di sini.

Sebelum ini Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian menegaskan, kehadiran semula Muhammad ke dalam UMNO semula merupakan strategi parti itu untuk merampas semula undi dari parti pembangkang.

Sivamurugan juga tidak menafikan bahawa kehilangan Muhammad atau 'Mat Taib' akan memberi impak kepada Pakatan Harapan kerana beliau pernah bersama dua parti besar di Selangor.

Kata Muhammad lagi, UMNO perlu memilih dan meletakkan calon yang mempunyai penerimaan baik dalam masyarakat.

Jelasnya, jika tidak, ahli akan menolak calon berkenaan secara senyap semasa membuang undi kelak.

Dalam pada itu tegasnya, pemimpin UMNO perlu mengutamakan topik mengenai hak serta keistimewaan Melayu semasa berucap pada Perhimpunan Agung UMNO dari 5 sehingga 9 Disember ini.

Perhimpunan Agung UMNO 2017 kali ini akan menumpukan kepada persediaan untuk menang pada PRU-14 daripada setiap perwakilan dalam usaha mendapat mandat kerajaan lebih besar berbanding isu pemilihan parti.

Muhammad menyertai semula UMNO pada 17 September lalu selepas lebih kurang empat tahun bersama parti pembangkang.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penyertaan kembali Muhammad kepada parti adalah atas dasar perjuangan.

Muhammad juga mengakui keputusannya untuk menyertai semula UMNO dibuat setelah menyedari tidak dapat meneruskan perjuangan agenda Melayu di dalam parti pembangkang.

kes pertama dihadapkan di mahkamah hantar Whatsapp palsu

Guru IT hantar Whatsapp palsu, kes pertama dihadapkan di mahkamah
Rafeah Buang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu menerusi WhatsApp dengan niat menyakitkan hati orang lain, tiga tahun lalu. --fotoBERNAMA
TAWAU: Seorang guru bahagian teknologi maklumat (IT) menjadi orang pertama di Malaysia yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membabitkan perkhidmatan aplikasi WhatsApp secara berkumpulan.

Rafeah Buang, 36, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud di Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini atas pertuduhan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu menerusi WhatsApp dengan niat menyakitkan hati orang lain, tiga tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Rafeah yang berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan di Semporna, didakwa memulakan penghantaran komunikasi palsu sifatnya ke kumpulan WhatsApp 'KARPET KEMAS 189-SEMPORNA' dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 11 Dis 2014 kira-kira pukul 1 tengah hari di Hospital Semporna.
Dalam kumpulan WhatsApp itu, dia didakwa menghantar status berbentuk makluman agar berhati-hati dengan sebuah kereta Proton hitam dengan nombor pendaftaran SAA6086T dipercayai pemandu kenderaan itu merupakan seorang perogol dan untuk tujuan keselamatan, sebar kepada keluarga dan rakan-rakan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan  denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali dan denda lanjutan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia  Mohd Sophian Zakaria.

Hakim Awang Krisnada kemudian membenarkan jaminan RM2,500 berserta seorang penjamin yang memiliki alamat tetap di Semporna.

Hakim turut menetapkan sebutan semula kes pada 31 Jan 2018 untuk pengurusan kes dan lantikan peguam.

-- BERNAMA
 
Copyright © 2014 PenangKini.