BREAKING NEWS

Monday, 13 November 2017

18 ahli kongsi gelap 04 ditahan di Pulau Pinang

PULAU PINANG 13 Nov. - Polis berjaya menahan seramai 18 lelaki yang dipercayai menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 04 dalam operasi khas yang dilancarkan di negeri ini hujung bulan lalu.

Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zainol Samah berkata, dalam operasi bersama Bukit Aman itu, kesemua suspek yang berusia lingkungan 23 hingga 54 tahun itu dipercayai terlibat dalam kegiatan bunuh, pemerasan, pengedaran dadah dan rompakan.

“Kita juga kini sedang memburu 10 lagi lelaki daripada kumpulan sama dan saya menasihatkan supaya mereka menyerah diri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua suspek kini direman selama 28 hari di bawah Seksyen (4) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) SOSMA 2012. - UTUSAN ONLINE.




 
Copyright © 2014 PenangKini.